Penyampai radio Fizi Ali mendedahkan dia tidak membenarkan anak perempuannya, Ameena Sofia untuk melibatkan diri dalam bidang seni.

Jelas Fizi dia berpendapat masih terlalu awal untuk Ameena bekerja dan inginkan anaknya menikmati zaman kanak-kanak seperti anak kecil yang lain.

"Ameena sudah menerima beberapa tawaran berlakon sebelum ini.

"Kalau ikutkan setakat ini kami tidak membenarkannya. Saya ingin dia alami dan menikmati fasa bayi seperti kanak-kanak lain.

"Saya ambil keputusan untuk tunggu Ameena betul-betul bersedia, masa itu terpulanglah untuk dia melakukan apa saja," katanya kepada Gempak.

Tambah suami kepada aktres Shakilla Khoriri berkata dia tidak ingin menyusahkan pihak produksi untuk menjaga anaknya.

"Saya faham dengan keadaan anak saya. Kadang-kadang mood dia okey, kadang-kadang sebaliknya.

"Kita kena ikut juga masa bayi ini, dia nak tidur dan nak makan.

"Saya tak ingin menyusahkan pihak produksi untuk mengawal situasi tersebut," katanya lagi.

Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018.