Nama pelakon Natasha Elyzza menjadi bualan tahun lalu selepas terlibat dengan kontroversi video seksi di aplikasi Bigo bersama seorang aktres.

Sebelum ini, wajah Natasha pernah menghiasi beberapa drama dan juga filem seperti M.A.I.D, Megat Extend, Isteri vs Tunang dan Kimchi Untuk Awak.

Just a new fresh look, so why not? ??‍♀️

A post shared by NE (@natashaelyzza) on


Setahun selepas kejadian itu berlalu, Natasha mengakui dirinya masih merasakan impak daripada isu tersebut.

"Selepas kejadian terbabit, hampir setahun saya tak berlakon. Saya ada menolong beberapa orang rakan dalam bisnes mereka tapi ia hanya separuh masa sahaja.

And here’s the result! Thank youuuu so much @ainsalon for the beautiful colour and hair treatment! Rambut kita dah lembut cantik gituuuu! Immaaa happy girl ??

A post shared by NE (@natashaelyzza) on


"Saya akui, kejadian terbabit sedikit sebanyak menjejaskan kerjaya saya sebagai pelakon. Banyak cerita dan spekulasi timbul sehingga sekarang, mereka masih ingat perkara itu.

"Fitnah dan dituduh dengan sesuatu perkara yang tidak benar juga menimpa diri saya... Tapi, saya menghadapinya dengan rela hati kerana saya sedar ia impak dari kejadian lama. Sebolehnya, saya mahu melupakan kontroversi lama," kata Natasha kepada Gempak.

Hi bakal jodoh, buat apa tu? Saya tak buat apa pun ni, tengah tunggu awak sampai dalam hidup saya je. Cehhh haha ?

A post shared by NE (@natashaelyzza) on


Tidak menyalahkan sesiapa, Natasha mengakui dirinya banyak belajar dari kejadian tersebut.

"Saya banyak belajar dan muhasabah diri. Saya berharap agar diberikan peluang oleh pengarah dan penerbit untuk menghiasi kembali kaca televisyen secara aktif. Saya memang mempunyai minat mendalam dalam bidang lakonan dan ia tidak akan pernah pudar.

Makeup for Vanes today by @palyshamzah and lipstick from @boboncosmetics. Sumpah i love this colour code: bae2 very much! Nakkk this colour pleasee hehe ? #terimaakuseadanya #vanes

A post shared by NE (@natashaelyzza) on


"Saya harap diberikan peluang untuk membersihkan nama saya dan menonjolkan kualiti dalam lakonan... Saya tahu orang tak boleh lupa tetapi saya mahu menonjolkan semangat yang baru agar dapat diterima semula dalam industri lakonan," katanya menutup bicara.