Impian untuk bercuti di tempat-tempat menarik di seluruh dunia adalah impian setiap orang.

Selebriti popular juga tidak melepaskan peluang untuk bercuti di tempat-tempat menarik yang terdapat diluar negara dan mereka abadikan kenangan yang indah menerusi media sosial masing-masing.

Perkongsian gambar yang dimuat naik oleh mereka akan membuatkan kita juga memasang impian untuk sama-sama menjejakkan kaki ke tempat yang dilawati tersebut.

Antara selebriti yang sering bercuti keluar negara adalah Mira Filzah, Ruhainies dan Hanis Zalika.

Menikmati keindahan alam dan budaya dari seluruh pelusuk dunia, bercuti di tempat baru menjadi salah satu impian setiap orang namun, merealisasikan angan-angan tidak semudah mengimpikanya kerana berjalan-jalan ke tempat impian tidak selalu tercapai.

Terlalu banyak kesulitan, menyebabkan ramai orang kurang bersiar-siar, lalu melupakan impian ke tempat-tempat yang diidamkan selama ini.

Kini impian anda untuk bercuti ke seluruh negara akan menjadi realiti dengan menyertai peraduan 'Super Dream Holiday' yang bermula pada 1 Mac sehingga 31 Mei ini dan anda mungkin berpeluang memenangi pakej percutian dan hadiah harian bernilai sebanyak RM100,000!.


Caranya mudah, anda hanya perlu membeli barangan keluaran Super yang berharga RM15.00 ke atas untuk melayakkan diri menyertai peraduan 'Super Dream Holiday' ini.

Langkah kedua, anda cuma perlu menghantar maklumat diri dan gambar resit pembelian serta menjawab soalan mudah di aplikasi Whatapps +6016 293 5710.



Pemenang yang terpilih akan memenangi hadiah utama iaitu pakej percutian ke lokasi pilihan anda bernilai RM18,000 beserta RM2000 (tunai).

Sementara itu, seramai 15 pemenang akan dipilih untuk memenangi hadia percutian bernilai RM1800 dan RM200 (tunai).

Jadi jangan tunggu lagi untuk menyertai peraduan 'Super Dream Holiday' ini sekarang, bagi merialisasikan percutian idaman anda bak selebriti popular.

Untuk maklumat lanjut sila layari media sosial rasmi dan laman web rasmi ''Super Dream Holiday" sekarang.