Sering kita saksikan pintu rumah dengan sistem kunci elektronik pintar menerusi drama bersiri Korea. Selain kelihatan moden, penggunaan sistem sebegini dilihat lebih mudah dan tidak menyusahkan pengguna.

Hal ini kerana, pemilik rumah tidak perlu membawa sebarang anak kunci ketika keluar rumah. Hanya dengan kata laluan dan cap jari, pintu boleh dibuka dan ditutup dengan mudah.



Sungguhpun sistem kunci elektronik pintar sudah lama diperkenalkan, namun, masih ada yang belum berkemampuan untuk mendapatkan kemudahan berkenaan. Tentu sekali disebabkan oleh harga yang tidak mampu milik.

Justeru, untuk memudahkan pengguna mendapatkan sistem kunci yang bagus dengan harga yang berpatutan, LOCKIN hadir dengan kaedah langganan atau sewaan bagi sistem kunci elektronik pintar X1.

Antara ciri-ciri unik model X1 termasuklah penggera pintar, enam mod membuka pintu, hubungan pintar Mijia, aplikasi sehenti dan lima tahun jaminan produk.



LOCKIN Malaysia merupakan kunci elektronik pintar pertama dengan kaedah langganan atau sewaan, pelanggan yang melanggan juga bakal menerima insurans sehingga RM10,000 setahun jika berlakunya pecah masuk rumah.

Anda boleh mendapatkan sistem elektronik pintar ini dengan harga langganan serendah RM49 sebulan.

Bagi setiap pembelian yang menggunakan kod LOCKINASTRO bakal menerima hadiah misteri daripada LOCKIN Malaysia. Maklumat lanjut, layari www.lockin.com.my.