Kereta Toyota Hilux dinobatkan sebagai kereta paling selesa di Malaysia, mengalahkan beberapa lagi jenama kenderaan dalam dan luar negara yang popular di sini.

Menerusi analisa yang dilakukan oleh pakar seru-pandu, Maxim E-Hailing, sebanyak 31 peratus pengguna bersetuju Toyota Hilux terletak dalam kategori kenderaan selesa yang menjadi pilihan pemandu.

Tempat kedua pula diberikan kepada Honda Accord, kenderaan kompak tetapi pada masa sama membawakan suasana selesa. Menurut data yang dikumpul, sebanyak 6 peratus daripada pendaftaran menggunakan Honda Accord untuk mengambil penumpang.

Seterusnya tempat ketiga, Toyota Camry dengan pilihan pengguna sebanyak 4.99 peratus. Biasanya pengguna memilih kereta ini untuk bersiar-siar pada hujung minggu atau menghadiri mesyuarat.

Honda CR-V dengan 4.91 peratus dan Nissan Trail 3 peratus turut tersenarai sebagai kereta pilihan dalam lima tangga teratas. Selain itu, jenama Proton dan Toyota juga berada di kedudukan 10 teratas dengan rekod pendaftaran 2.9 hingga 2.0 peratus.

Maxim E-Hailing mempunyai kelebihan dalam memberi penumpang keselesaan ketika dalam perjalanan ke destinasi pilihan. Analisa ini juga berdasarkan data daripada servis Maxim E-Hailing yang tersedia di lebih 60 bandar di seluruh dunia. Ia termasuk 246 model kereta berbeza berdaftar menerusi aplikasi.

10 kereta selesa terbaik di Malaysia

1. Toyota Hilux 31%
2. Honda Accord 6%
3. Toyota Camry 4.99%
4. Honda CR-V 4.91%
5. Nissan X-trail 3%
6. Proton X70 2.9%
7. Proton X50 2.5%
8. Toyota Vellfire 2.3%
9. Toyota Fortuner 2.2%
10. Nissan Serena 2%

BACA: ​Lima Model Kereta Yang Kerap Dicuri Di Malaysia… No. 1 Tu Paling Tak Sangka!