Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak, khususnya apabila menyentuh soal masa depan bagi jaminan pendidikan mereka.

Justeru, ada ibu bapa yang sudah mula melakukan tabungan sejak anak-anak kecil lagi. Cuma, barangkali selama ini, mereka memilih untuk menyimpan di institusi-institusi kewangan konvensional yang ada.

Menyimpan di mana-mana pun bagus, cumanya, jika anda mahu menabung demi pendidikan anak-anak, menabung di Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) merupakan satu pilihan yang lebih bijak.

Skim yang diperkenalkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini menawarkan lebih banyak ganjaran kepada mereka yang mahu menyimpan wang demi jaminan masa depan pendidikan anak-anak.

Bahkan, dengan simpanan dalam SSPN-i Plus, pendeposit berpeluang untuk menikmati manfaat yang disediakan. Antaranya termasuklah:

#1 Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000

Ibu bapa dan ibu bapa angkat atau penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam SSPN layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan maksimum sehingga RM8,000.

Bagi akaun SSPN-i Plus, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful sebanyak RM7,000 di bawah kategori pelepasan bagi insurans nyawa dan KWSP. Ia ibarat ‘bonus’ kepada ibu bapa yang merupakan pembayar cukai setiap tahun.


#2 Perlindungan takaful & khairat kematian

Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal terhadap ibu bapa, anak atau waris akan mendapat perlindungan takaful sehingga RM1 juta bagi SSPN-i Plus, tertakluk pada terma dan syarat.

Ini bermakna, anak-anak masih dapat menyambung pelajaran mereka menggunakan duit tersebut walau apa jua yang berlaku kepada ibu bapa mereka pada masa akan datang.


#3 Dividen kompetitif

Menyimpan bersama SSPN, memberikan pulangan yang cukup menarik dengan tawaran dividen tahunan yang kompetitif berbanding institusi kewangan yang lain. Jadi, semakin banyak anda menyimpan, semakin banyak juga anda menerima pulangan dividen demi masa depan anak anda.


#4 Jaminan simpanan oleh kerajaan

Paling penting, simpanan anda adalah dijamin oleh kerajaan. Jadi anda tidak perlu risau mengenai keselamatan simpanan yang dibuat dalam SSPN.


#5 Cabutan Hadiah

Ini lagi WOW! Sambil menyimpan, sambil berpeluang dapat menang hadiah. Memang menarik bukan? Ini kerana, pada tahun ini, Cabutan WOW! SSPN-i Plus kembali lagi dengan tawaran hadiah sehingga RM1 juta.

Tak susah pun, simpan serendah RM50, anda berpeluang untuk menang! Jika menyimpan lebih, maksudnya, peluang menang pun lebih.

Paling syok sekali, pendeposit berpeluang untuk menang cabutan hadiah melalui Cabutan Bulanan dan Cabutan Tahunan.

Sempena tahun 2020 ini, setiap bulan pendeposit berpeluang untuk memenangi wang tunai berjumlah RM2,020, bukan seorang, sebaliknya 20 orang pemenang akan dipilih setiap bulan.

Manakala, bagi Cabutan Tahunan pula, pendeposit berpeluang untuk memenangi sebuah kereta mewah Mercedes Benz C200 sebagai hadiah utama selain wang tunai. Wah! Memang padu hadiah-hadiah cabutan tahun ini.



Nak menang hadiah, mudah saja, anda hanya perlu buka akaun SSPN-i Plus atau buat penambahan deposit sekarang.

Berikut pakej simpanan yang boleh anda pilih mengikut kemampuan komitmen bulanan anda bermula serendah RM30 sahaja:



Tak perlu bersesak beratur di kaunter kerana anda kini boleh membuka akaun secara online menerusi www.lovesspn.com.

Bagi pilihan alternatif, anda juga boleh membuka akaun menerusi kaunter PTPTN atau berurusan dengan eksekutif pemasaran PTPTN.

Jadi, tunggu apa lagi, buka akaun SSPN-i Plus sekarang bagi merebut ganjaran dengan Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2020.

Bagi mengetahui keterangan lanjut, anda boleh layari www.lovesspn.com.

Anda juga boleh menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 atau hadir ke cawangan PTPTN berdekatan anda.

Simpan, Simpan, Simpan, Jaminan Masa Depan! Jom kita menabung!