Berita
"Ini Adalah Perkara Baru Dalam Hidup Saya" - Bukan Mudah Untuk Norman Hakim Jadi...
Pelakon Norman Hakim mengakui bukan mudah bergelar seorang pengacara terutama untuk mengemudi sebuah rancangan yang disiarkan secara langsung.
Menerusi entri di Instagram (IG), Norman mendedahkan pengalamannya apabila bergelar hos program Mingguan Wanita.
"Terima kasih kepada yang menonton LIVE #MingguanWanitaTV hari ini bersama saya dan kawan-kawan saya @errafazira @elizadsharifuddin.
"Hari pertama untuk saya & minggu pertama untuk #MingguanWanitaTV musim baru! Honestly dalam debaran memikul tugas kali pertama sebagai antara host utama yang dibawakan secara live, sebenarnya saya sangat-sangat excited sebab ini adalah perkara baru dalam hidup saya.
"Saya sangat-sangat yakin dengan support system yang baik dari team produksi yang sangat-sangat bagus memikul setiap perincian tugas masing-masing, digandingkan dengan sahabat-sahabat jelitawan saya ni, minggu-minggu yang akan datang akan menjadi minggu yang lebih baik dari sebelumnya Insya-Allah," tulisnya.
Tambah Norman, dia dan tenaga produksi mengupas isu untuk menjadi motivasi bagi manfaat bersama.
"Yang penting niat bersama kami untuk mengangkat, mengupas & meleraikan isu-isu yang berbangkit untuk motivasi, iktibar & manfaat bersama.
"Teruskan bersama kami team #MingguanWanitaTV untuk melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan ini sebab kerana anda penonton semualah adanya kami disini," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji cara Norman mengacara dan berharap agar dia dapat bergelar seorang pengacara yang hebat suatu hari nanti.
Mingguan Wanita sudah mula bersiaran sejak semalam 8 Julai 2019 setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 11 pagi di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
Selain Norman, rancangan itu turut dihoskan oleh Radin, Siti Elizad, Erra Fazira, Sherry Alhadad dan pakar motivasi secara bergilir-gilir.
Must-Watch Video