Hiburan
"Ini Aliff Aziz Ini...." - Aliff Syukri Terpaksa Buat Tutorial Video, Kalau Tertukar Lagi Tak Tahulah
Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, sekali lagi menerima tempias ekoran kontroversi terbaru Aliff Aziz yang tular di media sosial sejak semalam.
Biarpun telah beberapa kali berlaku sebelum ini, masih ada netizen yang keliru menganggap Aliff Syukri adalah individu yang berlaku curang terhadap isterinya.
Serik dengan masalah sama, Aliff Syukri kemudian memuat naik video tutorial bagi mendidik netizen tentang perbezaan dirinya dan Aliff Aziz.
"Disebabkan ramai orang komen jadi saya bagi penerangan pada semua. Jom saya ajar ini perbezaan saya dan Aliff Aziz.
"Cuba tengok gambar betul-betul berbeza hidung, gigi, mata semua. Saya buat video kerana penat dengan cacian dan makian natizen setiap kali posting.
"Doakan yang baik-baik untuk beliau," katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan video tutorial terbabit.
Pada masa sama, ramai yang meminta Alif Syukri bersabar menghadapi perkara tersebut.
Terdahulu, sekeping foto memaparkan aksi mesra tanpa baju mirip Aliff Aziz bersama seorang gadis berusia 17 tahun telah tersebar dan sekali lagi membuatkan Aliff dikecam netizen.
Must-Watch Video