Pelakon Liyana Jasmay baru-baru ini memuat naik hantaran di TikTok memperlihatkan dirinya sedang menikmati makanan tanpa mengenakan sebarang mekap.

BERITA TRENDING: “Mizz Nina Has All The Right To Fight For Musa” - Aminahtul Mardiah

Menerusi bahagian kapsyen video tersebut, Liyana mendedahkan dirinya tidak tidur selama lebih 16 jam kerana terlibat dalam satu penggambaran.

“Bila belum tidur lebih dari 16 jam dan dapat makan burger sedap ni nak nangis!

“Semalam penat berlakon kena rasuk lebam kaki, darah telinga, mata kabur, tapi Alhamdulillah untuk segalanya,” tulisnya.

@ljoneandonly

bila belum tido lebih dari 16jam, dan dpt makan burger sedap ni nak nangis! semalam penat berlakon kena rasuk lebam kaki, darah telinga, mata kabur.. tapi alhamdulillah for everything.. Im so grateful?

♬ original sound - LiyanaJasmay

Bagaimanapun, segelintir warganet bersifat biadab dengan menghina rupa paras aktres itu di bahagian komen.

Antara komen yang diterima:

“Ini baru betul bibik,”

“Ternyata muka kita lagi cantik ya guys,”

“Ya Allah, macam mana suami dia boleh suka dekat dia ni.”

Dalam pada itu, ada juga yang mempertahankan Liyana dan memuji kecantikan semulajadi aktres berkenaan.

“Awak memang cantik walaupun tiada mekap. Serius sangat cantik dan comel gila,”

“Dia ni dari dulu natural je, suka betul,”

“Apa benda semua komen pasal muka, macam lah muka korang cantik sangat.”

Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih hampir 13,000 tanda suka dan lebih 800,000 tontonan di TikTok.

Sumber: TikTok