Sekeping gambar memaparkan seorang gadis yang cuba melindungi warga emas daripada panas cahaya matahari mencuri perhatian netizen di media sosial.

Biarpun berbeza kaum dan tidak mempunyai ikatan hubungan, namun nilai murni yang ditonjolkan menjadikan gambar berkenaan cukup bermakna.

Difahamkan, gambar tersebut dikongsikan oleh cucu warga emas tersebut dikenali sebagai Privitha Maimaran di Facebook.

Menurut Privitha, perkongsian itu bertujuan untuk mengucapkan terima kasih kepada gadis terbabit yang beratur bersama neneknya ketika itu.

“Mewakili nenek dan keluarga kami, saya nak ucap terima kasih kepada gadis Melayu yang memegang fail untuk melindungi nenek daripada cahaya panas di luar.

“Ketika itu nenek sedang beratur di bank,” katanya.

Menurutnya, terdapat beberapa sebab dia tergerak hati berkongsi gambar berkenaan kepada umum.

“Salah satu sebab saya berkongsi gambar ketika ini adalah kerana masih ada di luar sana tidak boleh bezakan isu kaum dengan rasa hormat terhadap warga emas yang berbeza kaum,” katanya.

Posting tersebut kemudian tular dan gambar berkenaan telah dikongsi sebanyak 18,000 kali.

Rata-rata netizen memuji tindakan gadis berkenaan dan menyifatkan perbuatan itu sangat menggambarkan semangat Malaysia!

On behalf of my grandmother & family?....I would like to take this opportunity to thank the malay lady who was holding...

Posted by Privitha Maimaran on Tuesday, September 22, 2020