Pencetus Ummah (PU) Amin menempelak tindakan beberapa selebriti yang menggesa agar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham meletakkan jawatan.

Menerusi satu posting di Instagramnya, PU Amin berkata, DG Hisham telah bergadai nyawa, berkorban masa dan tenaga untuk bantu kit semua rakyat Malaysia agar berjaya melawan Covid-19.

“Sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia matang dan berbudi wajib menyokong dan bersatu padu untuk hapuskan Covid19.

“Ini bukan drama petang petang boleh minta letak jawatan gitu je.

“Gunakanlah pengaruh dan nama untuk mendidik masyarakat,” katanya.

Jelasnya, dia juga mendoakan supaya Allah SWT memelihara DG Hisham dan memberi kekuatan kepada barisan hadapan dalam berjihad melawan musuh negara covid 19 ini.

“Semoga Allah memberi jalan petunjuk dan kebaikan buat kita semua,” katanya.

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin)

Terdahulu, isu mengenai DG Hisham tercetus apabila pelakon Lana Nodin menggesa Ketua Pengarah meletakkan jawatan.

Dalam hantaran di Instagram Stories, Lana menyifatkan selama ini ramai yang terpedaya dengan DG Hisham yang sengaja berlakon dengan wajah yang penat dan menyedihkan.

BACA : Dakwa Bersandiwara, Lana Nodin Gesa DG Hisham Letak Jawatan - "Tak Habis-Habis Buat Muka Kesian, Menangis Penat"

Isu tersebut kemudian bertambah ‘panas’ apabila pelakon Rita Rudaini menyokong penuh gesaan gesaan Lana Nodin itu.

BACA: Rita Rudaini Sokong Lana Nodin Gesa DG Hisham Letak Jawatan - "Ramai Lagilah Yang Minta ..."