Laman Utama
“Ini Bukan Filem My Name Is Khan” - Segelintir Netizen Tak Setuju Azal Kahwin Sebab…
Pelakon Zarina Zainuddin baru-baru ini pernah memberitahu yang dia berharap agar suatu hari nanti ada wanita yang sudi mendirikan rumah tangga dengan anaknya, Azal.
Menerusi perkongsian yang dibuat di Instagram, Zarina turut memanjangkan harapannya supaya wanita yang bakal bergelar menantunya itu dapat memberikan kasih sayang, menjaga makan minum dan ikhlas menjaga Azal.
Selain itu, Zarina turut memberitahu yang Azal kini sedang mengenali hati budi seorang wanita Indonesia yang berusia 26 tahun.
Pun begitu, luahan hati Zarina menerima tentang daripada segelintir pengguna media sosial. Menurut seorang individu, agak tidak wajar apabila Zarina mahu anaknya itu mendirikan rumah tangga.
“Kita bukan nak menguatkan stigma dan amalkan diskriminasi tapi saya yakin tak ada seorang profesional dalam bidang pun yang akan syorkan anak-anak Puan Zarina ni untuk bernikah berdasarkan evidens yang ada,” tulisnya.Kita bukan nak menguatkan stigma dan amalkan diskriminasi tapi saya yakin tak ada seorang profesional dalam bidang pun yang akan syorkan anak-anak Pn Zarina ni untuk bernikah berdasarkan evidens yang ada. https://t.co/2su8w5G0Qi— EdPsy Ash ??||?+?||❌? (@arcx13) October 7, 2023
Advertisement
Selain itu, ada juga yang turut berpendapat yang serupa kerana turut mempunyai anak autisme.
“Sebagai seorang ibu kepada anak autisme high function, saya pun tak setuju untuk Zarina benarkan anaknya berkahwin,” katanya.
Dalam pada itu, ada juga yang memetik nama filem My Name Is Khan, lakonan Shah Rukh Khan dan membuat perbandingan terhadap situasi anak Zarina.
“Ini bukan filem ‘My Name Is Khan’... ini dunia nyata,” katanya.
Filem My Name Is Khan mengisahkan seorang penghidap autisme bernama Rizwan yang terpaksa melalui cabaran hidup di negeri orang yang mempunyai pandangan berbeza terhadap penganut agama Islam.
Must-Watch Video