Laman Utama

[VIDEO] Zarina Zainuddin Beri Pendapat Mengenai Poligami - “Perempuan Kena Reda, Bersyukur Kerana…”

gempak
Asyikin Mayudin
24/08/2023
02:45 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Zarina Zainuddin Beri Pendapat Mengenai Poligami - “Perempuan Kena Reda, Bersyukur Kerana…”
Isu poligami kini menjadi topik paling hangat yang diperkatakan dalam laman sosial selepas viral kisah Abang Tesla mendapat keizinan daripada isteri pertama untuk berkahwin lain.
Sebagai individu yang menjalani kehidupan bermadu, pelakon Zarina Zainuddin berkongsi pendapat mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan itu.
“Bagi saya, kalau orang berkemampuan apa salahnya dia nak menanggung keluarga lain, keluarga baru untuk dia membantu orang lain juga. Bagi saya, berkongsi rezeki juga.
“Dia membuat satu keluarga yang besar, lagi besar keturunan dia. Bagi yang mampu tak ada salahnya tapi biar dengan cara yang betul. Kalau kita nak kata suami kita tu 100 peratus adil, memang takkan ada.
“Isteri dia kena reda, kena tahu tempat dia, kena tahu dia seorang isteri yang bermadu, kena pandai isi masa dia untuk tak fikir sangat tentang suami… jangan memberatkan suami, perasaan suami, sakit kepala suami nak fikir fasal isteri-isteri.
“Bagi saya, tugas suami tanggung nafkah zahir dan batin, cukup la kita dah ada suami yang jaga kita elok-elok. Yang penting kita ada suami untuk tempat mengadu,” katanya menerusi video di TikTok Keluarga.
Malah Zarina juga beranggapan wanita tidak sepatutnya bermusuh atau saling membenci sebaliknya perlu melindungi satu sama lain.
“Saya tak rasa benda itu satu benda berat, bagi saya… perempuan tak perlu bermusuh, perempuan sebenarnya kena melindungi satu sama lain. Bukan bermusuh-musuhan, benci, tak boleh ada perasaan macam itu.
“Satu perasaan yang negatif, aura tak bagus dalam diri perempuan. Perempuan kena rasa reda, bersyukur kepada Allah kerana ada suami, ada keluarga, anak, dan masih lagi mampu ada makan minum pakaian.
“Patutnya dia bersyukur, bukan bersikap yang macam tamak… aku punya seorang, itu suami saya, tak boleh pegang hati manusia sebab dalam pada sayang kita, lelaki lain, perempuan lain,” ujarnya.
Dalam pada itu, Zarina juga berpendapat lebih baik memberi keizinan kepada suami untuk berkahwin lain daripada dia melakukan perkara tidak baik di belakang seorang isteri.
Zarina mendirkan rumah tangga dengan Raihan pada 13 Julai 1993. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar termasuk Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil).
BACA SINI: [VIDEO] Hidup Bermadu Hampir 30 Tahun, Zarina Zainuddin Akui Minta Izin Kahwin Suaminya Dengan Isteri Pertama
@keluarga.my Lain orang, lain pandangan. Ada juga wanita yang menerima poligami. Ini pandangan dari pelakon Zarina Zainuddin. #keluarga #majalahkeluarga #zarinazainuddin #poligami #abangtesla #ndlala ♬ Powerful songs like action movie music - Tansa
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live