Bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Adibah Noor menafikan munculnya elemen-elemen atau bayang mistik sepanjang bertanding dalam program berkenaan.

Menurut Adibah, dia sebaliknya bersyukur apabila apa hubungan dan ukhwah antara perserta sangat rapat, seperti satu keluarga.

"Mistik tak ada, mistake yang banyak. Saya bersyukur, peserta GV8 ni, pertandingan masing-masing lah semua fokus dengan lagu.

"Tapi beyond that, kami macam adik beradik, ini bukan klise, awak patut tengok kami dalam dressing room, bergurau senda, kecoh," katanya.

Jelasnya, setiap kali ada bintang yang tersingkir, pastinya ia menjadi satu momen yang sedih buat mereka.

"Bila ramai tersingkir ni memang sedih, sebab sunyi. No such thing as mistik, semuanya persaingan yang sihat.

"Ukhwah dan silaturahim kami, its unbelievable and amazing," katanya.

Adibah berkata demikian usai konsert kelapan GV yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kelmarin.

Sekadar info, kumpulan Sa.Ya menjadi bintang kelima tersingkir selepas Bandi Amuk, Upiak Isil, Datuk Fazley Yaakob dan kumpulan trio Nico G.

Pada malam konsert kelapan semalam, Sa.Ya menyanyikan lagu Blus Terengganu Kita nyanyian asal kumpulan Iklim menerima markah sebanyak 58.20% selepas Shidee dengan markah 58.60%.

BACA: GV8: Kreatif Tapi Vokal Kurang Gah Punca Sa.Ya Tersingkir!