,
Hiburan

“Ini Bukan Masalah Bangsa Tapi Diri Sendiri...” - Rugi Berbelas Ribu, Pembantu Rumah Jasmin Hamid Hilang

Zulaikha Yusof
14/01/2020
02:21 MYT
Pelakon Jasmin Hamid memohon bantuan daripada semua pihak untuk menjejaki pembantu rumahnya yang telah melarikan diri pada Ahad lalu.
Menurut Jasmin, dia telah membayar ejen dengan nilai belasan ribu untuk mengambil individu terbabit bekerja dengannya.
“Pada masyarakat Malaysia yang prihatin! Saya perlukan pertolongan! Gunakan kuasa viral!! Semoga Allah berikan ganjaran pada uols di atas pertolongan yang diberikan!
“Jika ada ternampak pembantu rumah saya, mohon DM saya dengan segera.. Dia lari dari rumah saya pada 12 Januari 2020 jam 7.19 pm dengan bantuan seseorang berdasarkan bukti-bukti yang saya ada..
“Dia dah bekerja selama 5 bulan. Dahlah mahal nak ambil pembantu rumah. Berbelas ribu. Senang je lari!
"Kalau dah tak sanggup kerja, minta majikan pulangkan pada ejen.. Bila lari macam ni, kan dah jadi pendatang tanpa izin sebab permit kerja akan ditamatkan dan akan di senarai hitamkan. Inilah jadinya bila kita lupa untuk bersyukur dengan rezeki Allah,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1997 mendedahkan ini bukan kali pertama dia menghadapi situasi sebegini.
“Menyusahkan diri sendiri dan keluarga di kampung. Ini pertama kali pembantu rumah Indonesia saya lari. Sebelum ni semua pembantu rumah Indonesia saya okey.
“Ini bukan masalah bangsa tapi diri sendiri yang tidak amanah dan lupa bersyukur! Pernah guna servis pembantu rumah Melayu, lagi teruk.. Banyak kerenah, malas dan lari juga.
“Ejen orang Melayu dan langsung tak bertanggungjawab! Philippines pun sama juga.. Dah 5 tahun kerja tapi lari juga... Jadi ini bukan sebab bangsa tapi sikap!
“Report polis telah pun dibuat... Saya ingin beliau diberkas oleh pihak berkuasa dengan segera! Semoga Allah permudahkan segala urusan saya,” tulisnya lagi.

Pada masyarakat MALAYSIA yang prihatin! Saya perlukan PERTOLONGAN uols! . Gunakan kuasa VIRAL uols!!! Semoga Allah berikan ganjaran pada uols di atas pertolonganyang di berikan! . . Jika uols ada ternampak PEMBANTU RUMAH saya , mohon DM saya dengan SEGERA.. Dia LARI dari rumah saya pada 12 JAN 2020 jam 7.19pm dengan bantuan seseorang berdasarkan bukti -bukti yang saya ada.. Dia dah bekerja selama 5 bulan. Dah la MAHAL nak ambil MAID.. Berbelas ribu ????.. Senang je LARI! Kalau dah tak sanggup kerja, minta majikan pulangkan pada agent.. Bila LARI macam ni, kan dah jadi PENDATANG TANPA IZIN sebab PERMIT KERJA akan DI TAMATKAN dan akan di BLACKLIST .. Inilah jadinya bila kita lupa untuk BERSYUKUR dengan Rezeki Allah! . . Menyusahkan diri sendiri dan keluarga di kampung.. .ini PERTAMA KALI maid INDON saya lari. Sebelum ni semua MAID INDON saya OK! Ini bukan masalah BANGSA tapi diri sendiri yang tidak amanah dan lupa bersyukur! Pernah guna servis MAID MELAYU, lagi teruk.. Banyak kerenah, malas dan lari juga. Agen orang Melayu dan langsung tak bertanggungjawab! Philippines pun sama juga.. Dah 5 tahun kerja tapi lari juga... So ini bukan sebab BANGSA tapi ATTITUDE! . . . Report polis telahpun di buat .. Saya ingin beliau di berkas oleh pihak berkuasa dengan SEGERA ! . Semoga Allah permudahkan segala urusan saya ???? . WANTED!!!!! .... Nama : LAILY Warganegara :Medan, Indonesia Umur : 42 tahun . . NEED HELP!!! #help #maid #pembanturumahtangga #indonesia #kabur #pertolongan #viralkan #viralindonesia #larirumah

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Berkongsi Nasihat Ustazah Oki, Jasmin Hamid Diserang Netizen - “Tidak Perlu Sibuk Hal Rumah Tangga Orang…”

gempak
11/10/2024
07:55 MYT
Menerusi video yang dikongsikan, Ustazah Oki berkongsi mengenai isteri seharusnya menghormati suami meskipun mempunyai gaji yang besar.
Hiburan

Jasmin Hamid Geram, Netizen Puaka Persoal Saiz Badan - “Gemuk Salah, Kurus Salah, Kau Nak Apa Sebenarnya?”

gempak
20/06/2024
07:55 MYT
Pelakon, Jasmin Hamid meluahkan rasa geram apabila ada segelintir netizen yang masih mempersoalkan saiz badannya walaupun selepas menjalani pembedahan bariatrik pada Februari lalu.
Hiburan

Dilabel Nampak Macam Nenek Bila Dengan Suami, Jasmin Hamid Komen - “Apa Salah Saya Dekat Awak..?”

gempak
23/01/2024
05:55 MYT
Suka hati je cakap orang macam tu.
Laman Utama

Jasmin Hamid Kini Bebas Kanser Rahim - “Cyst Belah Kiri Dah Hilang, Kanan Pula Sudah Mula…”

gempak
30/10/2023
09:50 MYT
Alhamdulillah, semoga terus sihat.
Laman Utama

“Kereta Buruk? Saya Okay Je Pakai Wira Lama” - Jasmin Hamid

gempak
30/09/2023
01:50 MYT
Steady Jasmin!
BorakSeeni