Penerbit dan selebriti berprofil tinggi, Puan Sri Tiara Jacquelina mengingatkan orang ramai agar sama-sama menjalankan tanggungjawab untuk menentang penularan wabak COVID-19.

Menurut Tiara, meskipun kerajaan tidak dapat menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seketat fasa pertama tahun lalu, rakyatlah yang harus peka menjaga keselamatan diri dan orang tersayang.

"Dah tahu situasi makin genting, kerajaan tak dapat nak laksanakan PKP seperti 1.0 dulu, sendiri mahu ingatlah.

"Ini bukan masanya nak menyalahkan kerajaan atau berpolitik dan menunding jari, tak berfaedah kepada sesiapa pun.

"Kita fokus kepada apa yang mampu kita buat sebagai rakyat prihatin, untuk keselamatan diri sendiri, dan demi mereka yang tersayang," tulisnya di Instagram.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Tiara bersetuju dengan pendapatnya itu.

Malah, ada juga yang mengambil contoh pelaksanaan 'lockdown' di negara luar yang berkesan.

A post shared by Tiara Jacquelina (@tiarajacquelina)


PKP 'total lockdown' akan mula berkuatkuasa esok, 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP), jaga jarak fizikal dan kebersihan diri sebagai usaha mengekang wabak berbahaya ini.