Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Ini Bukan Soal Hati Tisu" - Isu DNA Anak, Ryzal Ibrahim Nekad Akan Seret Netizen Ke Mahkamah

Amri Hassan
21/01/2022 00:55 MYT
Pempengaruh Ryzal Ibrahim (Durian Kimchi) akan meneruskan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang meragui kesahihan darah dagingnya, Rina seperti yang tular baru-baru ini.

BACA: "Anak Saya Buat Apa Nak DNA" - Ryzal Ibrahim Nak Saman Netizen Yang Suruh Buat Ujian DNA Anak Sebab Muka Tak Seiras?

Ryzal akan berbincang dengan peguamnya untuk tindakan selanjutnya selepas pulang dari bercuti di kampung halamannya di Kelantan.

"Berkenaan komen DNA fitnah itu saya akan jumpa peguam di Kuala Lumpur selepas urusan saya di Kelantan selesai.

"Sejauh mana dia berada, kita akan kesan dengan bantuan PDRM dan SKMM serta seret ke mahkamah.

"Ini bukan soal hati tisu, ini soal maruah yang mendatangkan aib sekeluarga," tegasnya.

Dalam pada itu, tindakan tegasnya membabitkan undang-undang kali ini dirasakan perlu bagi mengelakkan dirinya sebagai figura diperlekehkan.

"Saya tidak ambil tindakan komen sebelum ini, saya maafkan namun kali ini dia cabar undang-undang.

"Public figure bukanlah platform untuk netizen melepaskan pelbagai tohmahan. Mereka punya maruah dan harga diri.

"Ketika saya buat silap, saya minta maaf, saya bagi kerjasama polis dan bayar ganti rugi. Jadi, apa salahnya kita berikan sedikit pengajaran sepertimana saya lalui," ujarnya.

Terdahulu, Ryzal berang dengan tindakan pengguna media sosial yang mempertikaikan asal-usul anak perempuannya Rina yang dikatakan tidak mirip dengan wajahnya hingga menyarankan YouTuber itu melakukan ujian DNA bagi pengesahan.

#Viral #Anak #saman #Netizen #Mahkamah #Ujian #DNA #Durian Kimchi #Ryzal Ibrahim #Maryam You Narae
;