"Ini Bukan Tempat Kita Papa" - Nota Iqram Sempena Hari Jadi Arwah Bapa Menyentuh Hati

Amri Hassan
Mac 5, 2018 10:26 MYT
Pelakon Iqram Dinzly menyentuh hati netizen menerusi ucapan hari jadi arwah bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said.
Tulis Iqram, dia sedang berusaha untuk mengotakan kata-kata yang pernah diungkapkan pada malam hari jadinya ke-36 tahun lalu.
"Papa oh Papa! Happy Birthday. Maaf tidak bersama kerana Iq (Iqram) sedang berusaha untuk kotakan kata-kata yang pernah Iq perkatakan melalui penulisan terakhir Iq kepada Papa di malam hari kelahiran Iq yang ke 36 tahun lepas," tulisnya.
Malah Iqram turut berkongsi pesanan akhir arwah bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
"Jangan lupa selalu zikir dan mohon doa dari Allah yg terbaik untuk Papa dan seluruh keluarga.
"Ini bukan tempat kita Papa. Di sana lagi indah buat kita hambanya Allah & umatnya Rasullullah.
"Doakan Iq bertemu jodoh yang baik dan dapat melahirkan zuriat yang baik demi warisan Dinzly," tambah Iqram.
Terdahulu, Iqram yang muncul dengan pelbagai siri live video pelik ditimpa musibah apabila kediamannya dipecah masuk dan mengalami kemalangan jalan raya.
Teks oleh: Amri Hassan
#pelakon #Pelakon #Iqram Dinzly #Bapa