"Ini Gambar Sebelum I Pergi Buat Plastic Surgery" - Pengarah Pernah Suruh Mei Fen 'Touch Up' Muka, Dah Kenapa?
Amri Hassan
13/03/2019 07:05 MYT
13/03/2019 07:05 MYT
Pelakon berbangsa Cina, Mei Fen Lim mendedahkan dia pernah ditolak daripada membintangi naskhah sebuah produksi tempatan ketika awal kerjaya.
Kata Mei Fen, kata-kata pengarah itu membuatkan dia hilang semangat dan mengambil keputusan untuk mengasah bakatnya di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
"'Kalau you nak jadi pelakon, you kena pergi touch-up sikit wajah you dulu....'
"Pernah ada director yang cakap dengan I begitu. Time tu, hati I pecah dan hilang semangat terus.
"Tapi, akhirnya I pilih untuk touch-up apa yang I kurang itu dengan belajar kat Aswara dan pengalaman hidup.
"Memang nak jadi seorang pelakon bukannya senang, physical & personality kena menarik, camera friendly, lakonan berjiwa, beraura, dan kena juga ada otak," kata pelakon teater Takhta 3 Ratu itu.
Mei Fen dalam pada itu turut memuat naik sekeping foto sekitar tahun 1999 ketika berusia 12 tahun.
"Ini gambar umur 12 tahun, sebelum I pergi buat plastic surgery," tambahnya sarkastik.
Mengulas mengenai isu yang sedang tular apabila penerbit drama memilih rupa berbanding bakat, Mei Fen akur.
"Yang ada rupa, ekspres sikitlah! Yang tak ada look macam I, ambil masa sikit lar," ujar bintang utama filem Two Sisters itu lagi.