Laman Utama
“Ini Kali Pertama Saya Ke Sini Setelah Lama Menanti” - Aprena Manrose Syukur Dapat Jejak Tanah Suci
Pelakon, Aprena Manrose menyatakan rasa syukur diberi peluang untuk menjejakkan kakinya ke Tanah Suci buat pertama kali.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Aprena memaklumkan dia bersama suami sudah pun berada di Madinah selama empat hari.
“Saya sudah berada di Madinah selama 4 hari dan akan ke Makkah esok. InsyaAllah. Doakan saya, suami dan keluarga saya dapat menunaikan umrah dengan sempurna.
“Ini adalah kali pertama saya ke sini setelah lama menanti. Alhamdulillah syukur Ya Allah kerana diberi kesempatan ini dalam keadaan COVID dan banjir.
“Percayalah pasti akan ada ganjaran yang hebat dari Allah pada orang yang bersabar dan terus solat,” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama, Aprena juga mengambil kesempatan memohon maaf selain berharap peminat dapat mendoakan segala urusan ibadah mereka dipermudahkan.
“Minta ampun dari hujung kaki hingga hujung rambut jika saya ada mengguriskan hati sesiapa sahaja yang mengenali saya.
“Sila bagi doa kalian dibawah, InsyaAllah mana yang sempat saya doakan ya. InsyaAllah,” tulisnya.
Selain Aprena, Uqasha Senrose bersama suaminya, Kamal Adli juga turut menunaikan umrah.
Must-Watch Video