Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Ini Kira Last Warning, Jika Tidak…”- Nafiz Muaz Berang Terima Foto Bogel Lelaki Tak Dikenali

Syafiqah Jalal
14/12/2020 14:02 MYT
Pelakon Nafiz Muaz melepaskan kemarahannya selepas beberapa kali menerima mesej berbaur lucah dan gambar bogel lelaki dari individu yang tak dikenali menerusi mesej peribadi (DM) di akaun Instagram miliknya.

Tidak mendiamkan diri, Nafiz atau nama sebenarnya, Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir, 22, memberi amaran kepada individu tersebut untuk menghentikan perbuatannya serta merta sebelum tindakan undang-undang diambil.

“Saya tak gembira dengan apa yang saya terima selama ini. Sebelum ni ada orang buat perangai macam ni tapi saya tak nak cerita.

“Ini kira last warning, saya tak nak tunjuk nama dia dan apa yang dia hantar. Hanya sekadar saya tunjuk mesej dia sahaja.

“Saya rasa pelik sebab lelaki yang buat perangai macam ini…hantar dekat lelaki. Saya tak tahu apa masalah dia. Lelaki DM saya hantar gambar bogel… Saya paling benci! Apa benda kau buat ni… Saya tak boleh lah.

“Tak payah la buat benda macam ni…lelaki kot! Kalau lelaki hantar dekat perempuan, mungkin normal. Ingat saya ni apa? Kau tak malu ke? Tak ada maruah diri?” tegas Nafiz.

Nafiz mendedahkan perkara tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun YouTube miliknya.

Menerusi video tersebut, Nafiz turut memuat naik paparan skrin mesej berbaur lucah yang diterimanya.

Tidak berniat untuk membuka aib, Nafiz menyifatkan perlakuan itu melampau dan moga ia memberi pengajaran.

“Pada mulanya saya tak dedahkan perkara ini tetapi saya rasa ini sudah melampau. Saya bukan nak buka aib tapi nak bagi dia sedar jangan buat lagi perkara ini tak bagus.

“Saya tahu bukan saya seorang sahaja yang hadap perkara ini dan mesti ramai lagi yang pernah kena. Nasihat saya, berhati-hatilah… ramai orang gila bertuhankan nafsu di luar sana,” nasihatnya.

#pelakon #Bogel #Nafiz Muaz #Foto #Waring
;