Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ini Kisah Di Sebalik Lelaki Yang Viral Sebab Lamar Kekasih Ketika Coldplay Sedang Mendendangkan Lagu Fix You

Izwan Isa
19/11/2023 07:50 MYT
Seorang lelaki di Indonesia meraih perhatian netizen selepas momen melamar kekasih hati saat menyaksikan konsert Coldplay yang berlangsung di republik itu viral di media sosial.

BERITA TRENDING: "Malaysia Nak Buat Konsert Pun Banyak Halangan"- Syed Saddiq Anggap Singapura Bijak Bagi Coldplay...

Uniknya, lamaran tersebut dilakukan menerusi sekeping kertas, dengan berlatar belakangkan lagu Fix You.

Tertulis: ‘Will you marry me’ pada kertas, teman wanita kepada lelaki itu menerima lamaran dengan menurunkan tanda tangan pada kertas berkenaan.
undefined
Menerima reaksi positif dalam kalangan netizen, hantaran berkenaan menerima lebih satu juta tontonan sejak ia dimuat naik.

Lelaki itu, dikenali sebagai Abdul Jabar mendedahkan yang hubungannya dengan kekasih, Elma Yuliasari sudah menginjak ke angka tujuh tahun.

"Benar, jadi saya ingin membuktikan bahwa saya mempunyai niat yang tulus untuk mempersunting kekasih saya sebagai tenab hidup saya dan anak-anak saya kelak di kemudian hari," katanya seperti dilapor Wolipop.

Abdul Jabar yang menetap di Duren Sawit, Jakarta Timur itu mengakui sudah lama merancang untuk melamar Elma, dan menyimpan rahsia telah membelikan sebentuk cincin untuk kekasihnya.

"Sama sekali belum tahu (beli cincin). Saya sudah sediakan tanpa pengetahuan dia. Ditambah momen pada konsert Coldplay, dia berasa sangat terharu," katanya lagi.

BERITA TRENDING: Chris Martin ‘Buat Hal’, Ikut Trend Nak Pinjam Seratus Waktu Konsert Coldplay​

#Indonesia #Kekasih #Lamar #Coldplay
;