Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ini Lima Tragedi Tanah Jerlus Yang Menggemparkan Seluruh Negara

Mya Amri
25/08/2024 18:55 MYT
Insiden seorang wanita warga India yang terjatuh ke dalam lubang benam di Masjid India, Kuala Lumpur yang berlaku baru-baru ini ternyata mengejutkan negara.

Pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nor Shahidah Mohd Nazer juga berpendapat keadaan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas dipercayai menjadi antara faktor utama berlakunya insiden tanah jerlus seperti di Jalan Masjid India baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakar Geologi Ini Kongsi Faktor Berlakunya Sinkhole & Dedah Tanda-Tanda Tanah Runtuh - “Permukaan Tunggu Masa Apabila..”

Tragedi sinkhole di beberapa buah negara

Selain di Malaysia, terdapat juga beberapa buah negara yang pernah mengalami tragedi lubang benam atau ‘sinkhole’ antaranya:

#Jepun

Satu kejadian lubang benam gergasi berlaku di tengah bandar Jepun pada November 2016 yang telah ‘menelan’ sebahagian daripada jalan besar dengan lima lorong.

Lubang besar berkeluasan kira-kira 20 meter kali 15 meter berlaku berhampiran persimpangan lampu isyarat di Fukuoka.

Rakaman televisyen menunjukkan dua lubang berasingan membesar berikutan mendapan tanah di hadapan stesen kereta api Hakata selepas pukul 5 pagi (waktu tempatan).

Lubang itu kemudiannya terus membesar sehingga berada pada kedalaman dua tingkat dan ditakungi air akibat saluran paip pecah.

Menurut Biro pengangkutan Fukuoka, projek pengembangan yang sedang berjalan di sebuah laluan kereta api bawah tanah berdekatan mungkin dikaitkan dengan punca lubang benam berlaku.

#China

Satu lubang benam yang sangat besar telah ‘menelan’ sebuah bas dan beberapa pejalan kaki di China.

Berdasarkan rakaman video, insiden yang berlaku di luar sebuah hospital ini juga turut mencetuskan satu letupan di dalam lubang.

Rakaman juga menunjukkan orang ramai di sebuah perhentian bas melarikan diri dari jalan raya yang runtuh ketika bas separuh tenggelam ke dalam tanah.

Tragedi yang berlaku pada Januari 2020 itu juga menyebabkan enam orang terbunuh manakala 10 lagi hilang.

Difahamkan, lubang benam bukan kejadian luar biasa di China, yang lazimnya berlaku kerana kerja-kerja pembinaan dan pembangunan negara.

#Peru

Kegembiraan sebuah majlis graduasi di Peru bertukar duka apabila lantai tarian runtuh sehingga membentuk satu lubang benam yang mengakibatkan puluhan remaja terjatuh ke dalamnya.

Kejadian itu berlaku apabila kesemua remaja berkenaan meraikan hari graduasi sekolah tinggi di wilayah San Martin.

Insiden pada Disember 2020 itu berlaku selepas mereka menari dalam satu bulatan sebelum lantai tarian runtuh secara tiba-tiba dan membentuk lubang benam.

Kesemua 25 remaja itu kemudiannya dikejarkan ke pusat kesihatan setempat, namun tiada kematian dilaporkan dan tahap kecederaan mereka juga tidak didedahkan.

Laman berita Trome melaporkan, berkemungkinan lantai yang dipijak itu diperbuat daripada kayu dan tidak dapat menampung berat kesemua remaja tersebut.

#Moscow

Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan dua kanak-kanak yang turut berada di dalamnya ‘ditelan’ sebuah lubang benam yang dipenuhi air panas mendidih.

Tragedi yang berlaku pada April 2023 itu mengakibatkan empat orang cedera termasuk seorang daripada dua kanak-kanak yang menaiki SUV itu.

Lubang tersebut terbentuk di Jalan Drovyanaya, bandar raya St Petersburg, Russia.

Menurut laporan tempatan, lubang benam itu muncul selepas paip air panas pecah dan menyebabkan tanah serta asfalt di bawah kenderaan tersebut runtuh.

Difahamkan, banyak bandar di Russia mempunyai loji pemanasan gergasi yang menyalurkan air panas ke taman perumahan, manakala paip pecah adalah perkara biasa disebabkan infrastruktur yang semakin menua.

#Malaysia

Negara dikejutkan dengan berita seorang pelancong wanita warganegara India, Vijayaketchumy, 48, dari Andhra yang sedang berjalan kaki berhampiran Masjid India bersama keluarga menjadi mangsa tanah mendap.

Menerusi video rakaman tular tragedi yang berlaku pada Jumaat, 23 Ogos itu menyaksikan mangsa berjalan dari Selangor Mansion sebelum terjatuh ke dalam lubang benan kita-kira sedalam 8 atau sepuluh meter berhampiran kerusi konkrit di hadapan Masjid India.

Pihak berkuasa kemudiannya menerima laporan kejadian pada jam 8.30 pagi dan Operasi SAR melibatkan 35 anggota dan pegawai bomba, 14 kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), 32 anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam serta pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur terus dilaksanakan.

Mesin dan jentera DBKL juga digunakan setelah pencarian manual gagal menemui mangsa.

Selepas hampir 17 jam operasi SAR, pasukan penyelamat hanya menemukan sepasang selipar milik Vijayaketchumy berhampiran lokasi kejadian.

Selepas lebih 24 jam, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. Mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras paip kumbahan bawah tanah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, menyatakan Vijayaketchumy kemungkinan telah dihanyutkan oleh arus deras bawah tanah.

ARTIKEL BERKAITAN:Tanah Jerlus Masjid India: Wajah Sugul, Penuh Harapan Anak Menanti Ibu Tercinta

ARTIKEL BERKAITAN:Tanah Jerlus Masjid India: “Operasi Bahaya Kerana Ada Gas Beracun Di Pembetung” - Bomba

ARTIKEL BERKAITAN:Tanah Jerlus Masjid India: “Tolong Selamatkan Ibu Saya!” - Rintihan Anak Sulung Mangsa

ARTIKEL BERKAITAN:Tanah Jerlus Masjid India: “Isteri Jerit Minta Tolong Sebelum Dia Senyap” - Suami

ARTIKEL BERKAITAN:Tanah Jerlus Masjid India: “Mangsa Dipercayai Dihanyut Arus Deras” - Polis

Terdapat aliran air deras meliputi kawasan hujung bawah tanah di lokasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Operasi SAR tidak boleh dilakukan sesuka hati kerana jika penutupan paip atau parit dibuat, mungkin akan berlaku banjir di lokasi.

Oleh itu, perbincangan dengan Indah Water Konsortium adalah penting untuk memastikan operasi berjalan lancar tanpa risiko tambahan.

Difahamkan juga terdapat gas beracun yang berada dalam pembetung membahayakan pasukan mencari dan menyelamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kuala Lumpur, Fatta M Amin berkata, mengambil kira situasi tersebut, hanya seorang anggota dibenarkan masuk ke ‘manhole’ bagi mencari mangsa insiden tanah jerlus.

Setakat ini, usaha pencarian masih belum berhasil.

#Tragedi #Masjid India #Tanah Jerlus #Lubang Benam #Sinkhole #Tanah Mendap
;