,
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Wajah Sugul, Penuh Harapan Anak Menanti Ibu Tercinta

Awani
25/08/2024
09:55 MYT
Seawal pagi, susuk pemuda ini - dengan wajah penuh sugul sudah berada di lokasi kejadian tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur.
Tiada siapa tahu apa yang terbuku di hati Surya, namun, raut wajahnya jelas menterjemah kedukaan dan kerinduan yang sarat ditanggungnya.
Menanti berita mengenai ibunya, Vijayaletchumy, 48, yang setakat ini masih belum ditemui sejak insiden tanah jerlus pada pagi Jumaat lalu, barangkali, tempoh masa yang paling lama pernah dilalui Surya dalam hidupnya.
Sesekali, kelibat Surya, 26, mundar-mandir ke khemah Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tiada siapa juga tahu apa yang dia inginkan dan rasai - kerana anak sulung kepada mangsa ini masih belum bersedia memberikan kenyataan kepada wartawan.
Sudah tentu ini masa sukar untuk Surya dan ahli keluarganya, ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih tidak membuahkan hasil.
Hari ini memasuki tempoh 48 jam sejak indisen tersebut berlaku dan pasukan SAR melibatkan pelbagai agensi masih giat melakukan pencarian.
Semalam, Operasi SAR ditangguhkan selepas tiada petunjuk baharu ditemukan.
Menurut, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman, pasukan penyelamat sudah menjalankan pencarian di enam lurang kumbahan sekitar lokasi dan di loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Pantai Dalam pada Sabtu.
Katanya, pencarian dalam dua lurang kumbahan terakhir dan loji kumbahan IWK di Pantai Dalam yang selesai jam 7 malam tadi juga tidak menemukan mangsa.
Enam lokasi itu adalah di Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Bank Pertanian Lebuh Pasar Besar dan Bulatan Kinabalu.

BERITA TRENDING: Pasukan Penyelamat Kongsi Pengalaman Cari Mangsa Jerlus

BERITA TRENDING: Pakar Geologi Ini Kongsi Faktor Berlakunya Sinkhole & Dedah Tanda-Tanda Tanah Runtuh - “Permukaan Tunggu Masa Apabila..”

BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Masjid India: “Operasi Bahaya Kerana Ada Gas Beracun Di Pembetung” - Bomba

BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Masjid India: Lebih 17 jam Berlalu, Mangsa Masih Gagal Ditemukan

Ketika ini haya doa dan harapan yang mampu kita sandarkan selain mengharap kejaiban Yang Maha Esa untuk menjawab persoalan dan kegusaran Surya dan seluruh masyarakat yang masih menanti hasil pencarian.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.
Hiburan

“Hubungan Suami Isteri Perlu Ada Kepercayaan, Jangan Sebab Nafsu Anak-Anak Merana” - Elly Mazlein

gempak
15/09/2024
23:55 MYT
Meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada pasangan, penyanyi dan pengacara popular Elly Mazlein mengakui tidak pernah memeriksa telefon mahupun dompet suaminya.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Viral

Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

gempak
15/09/2024
05:11 MYT
Tidak tahan dengan kecaman yang di terima, seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.
Hiburan

Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama

gempak
14/09/2024
11:55 MYT
Video ucapan istimewa anak kepada pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-34 mencuri tumpuan netizen.