Pelakon Fizo Omar meluahkan rasa kecewa apabila akaun Instagram (IG) pakar bedah mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menerusi entri di IG miliknya, Fizo mengakui dia sering mengikuti akaun tersebut setiap pagi untuk mendapatkan ilmu dan terkejut bila mengetahui ianya digodam.

"Sorry to announce akaun Instagram (IG) Prof Muhaya telah digodam. Saya agak kecewa sebab memang dah jadi rutin harian saya setiap pagi, saya akan tengok IG bonda dan sebenarnya banyak ilmu tentang kehidupan, kerohanian, ketenangan & motivasi yang memberi manfaaf kepada semua.

"Saya percaya ramai followers saya pun dapat banyak manfaat daripada akaun tersebut. Sama-sama kita doakan akaun tersebut dapat dikembalikan semula supaya bonda dapat meneruskan memberi manfaat dan motivasi kepada kita semua," tulisnya.

Sorry to announce akaun ig Prof Muhaya telah digodam.. Sy agak kecewa sbb mmg dah jd rutin harian sy setiap pagi, sy akan tengok ig bonda dan sebenarnya bnyk ilmu tntg kehidupan, kerohanian, ketenangan & motivasi yg memberi manfaaf kpd semua.. Sy percaya ramai follower sy pun dpt bnyk manfaat drpd akaun tersebut.. Sama-sama kita doakan akaun tersebut dpt dikembalikan semula supaya bonda dpt meneruskan memberi manfaat dan motivasi kpd kita semua.. Btw ada sesiapa yg boleh bantu tak utk recover akaun tu balik, boleh komen & dm sy

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on


Tambah Fizo, dia berharap agar ada pihak dapat membantu untuk mendapatkan semula akaun tersebut.

"Between ada sesiapa yang boleh bantu tak untuk recover akaun tu balik, boleh komen & direct message saya." tulisnya.

Difahamkam akaun Instagram tersebut kini sudah bertukar nama kepada @makorasam.

Sebelum ini, perkara sama juga pernah berlaku pada beberapa orang selebriti antaranya Nabil Ahmad, Ramona Zamzam dan Jihan Muse