Ini Luahan Fizo Omar Bila Akaun Instagram Prof Dr Muhaya Digodam

Rozaimi Zubaidi
Julai 19, 2019 01:46 MYT
Pelakon Fizo Omar meluahkan rasa kecewa apabila akaun Instagram (IG) pakar bedah mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menerusi entri di IG miliknya, Fizo mengakui dia sering mengikuti akaun tersebut setiap pagi untuk mendapatkan ilmu dan terkejut bila mengetahui ianya digodam.
"Sorry to announce akaun Instagram (IG) Prof Muhaya telah digodam. Saya agak kecewa sebab memang dah jadi rutin harian saya setiap pagi, saya akan tengok IG bonda dan sebenarnya banyak ilmu tentang kehidupan, kerohanian, ketenangan & motivasi yang memberi manfaaf kepada semua.
"Saya percaya ramai followers saya pun dapat banyak manfaat daripada akaun tersebut. Sama-sama kita doakan akaun tersebut dapat dikembalikan semula supaya bonda dapat meneruskan memberi manfaat dan motivasi kepada kita semua," tulisnya.
Tambah Fizo, dia berharap agar ada pihak dapat membantu untuk mendapatkan semula akaun tersebut.
"Between ada sesiapa yang boleh bantu tak untuk recover akaun tu balik, boleh komen & direct message saya." tulisnya.
Difahamkam akaun Instagram tersebut kini sudah bertukar nama kepada @makorasam.
Sebelum ini, perkara sama juga pernah berlaku pada beberapa orang selebriti antaranya Nabil Ahmad, Ramona Zamzam dan Jihan Muse
#pelakon #Fizo Omar #Pelakon