“Ini Menantu Ke Adik Beradik?” - Netizen Puji Kecantikan Siti Nurhaliza Nampak Sebaya Dengan Tya Arifin & Izara Aishah
Perkongsian terbaharu usahawan Tya Arifin di laman Instagram sewaktu keluar bersama ahli keluarga telah mencuri perhatian wargamaya.
Menerusi muat naik tersebut, Tya atau nama sebenarnya Nutria Wulandari, 28, berkongsi foto yang merakamkan dia bersama ibu mentuanya yang juga seorang penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan kakak ipar kepada suaminya, Izara Aishah.
Difahamkan, gambar tersebut diambil sewaktu mereka berada di sebuah restoran mewah terletak di ibu kota bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak tiri kepada Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalif.
“Birthday family dinner,” tulis Tya ringkas pada kapsyen.
Bagaimanapun apa yang menjadi bualan wargamaya di ruangan balas adalah kecantikan pelantun lagu Purnama Merindu itu yang dikatakan kelihatan begitu awet muda.
Malah, ada juga yang berkata, isteri kepada Datuk Seri Khalid Jiwa itu kelihatan sebaya dan nampak seperti adik beradik dengan Tya dan Izara.
“Masya-Allah cantiknya Datuk Siti, nampak awet muda sangat, seakan sebaya dengan menantu,” kata seorang wargamaya.
“Ini menantu ke adik beradik ni? “ usik seorang netizen.
“Macam kakak dengan adik, cantik sangat,” komen seorang netizen.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 63 ribu tanda suka dan 180 komen.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.