Hiburan

Ini Pesanan Bapa Mahalini Untuk Rizky Febian - “Mahalini Daripada Keluarga Saya, Keluarga Besar Saya”

Gempak
19/05/2024
12:55 MYT
Pada 5 Mei lalu, penyanyi Rizky Febian selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Mahalini.
Tidak hanya majlis pernikahan, penyatuan dua jiwa itu turut diraikan menerusi sebuah lagi acara resepsi dengan kehadiran keluarga kedua belah pihak dan juga rakan-rakan artis.
Menerusi acara tersebut, bapa kepada Mahalini, I Gede Suraharja, menitipkan pesanan buat Rizky sebagai seorang suami.

Pesanan bapa

"Mahalini daripada keluarga saya, keluarga besar saya, saya titipkan pada Iky, pada keluarga Kang Sule," katanya.

Menurut lelaki itu, Mahalini diibaratkan seperti sebuah patung yang belum selesai dibuat untuk menghasilkan karya seni yang indah.
Kini, Mahalini harus menjalani kehidupan baharu bersama suami di mana anaknya itu juga akan tinggal dengan keluarga besar Rizky Febian.
Oleh hal yang demikian, I gede Suraharja berpesan agar keluarga Sule menjaga puterinya sebaik mungkin dan meneruskan perjuangannya sebagai orang tua.
"Lini diibaratkan sebagai sebuah patung yang belum selesai. Jadi, mohon diukir dan dihias kembali sehingga Mahalini menjadi patung yang indah nanti," terangnya.
Dalam masa sama, I Gede Suraharja juga menasihatinya Rizky supaya bertanya kepada rakan-rakan yang berpengalaman mengenai hal berkaitan rumah tangga.

Doa buat Rizky, Mahalini

"Sekali lagi, bukan hanya di sini saja, bukan hanya di tempat ini saja. Pada kemudian hari ketika ada kerikil-kerikil tajam yang menyebabkan rumah tangganya Iky dan Lini tersandung, berikanlah jalan terbaik untuk menempuh hidupnya.
"Jadi mohon doa terbaik untuk Iky dan Lini. Semoga perjalanan hidupnya untuk berumah tangga, seperti yang orang bijak katakan banyak tangga-tangga yang harus dilalui ke depannya," tutupnya.
Sumber: Viva.co.id

ARTIKEL BERKAITAN: Nikah Secara Islam 8 Mei Ini, Mahalini & Rizky Febian Selamat Jalani Upacara Dharma Suaka Adat Bali

ARTIKEL BERKAITAN: Mahalini, Rizki Febian Selamat Diijabkabul, Kini Bergelar Suami Isteri!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Kecoh Mahalini ‘Buat Hidung’,  4 Artis Indonesia Ini Hampir Tidak Dikenali Lepas Buat Pembedahan Plastik

gempak
10/07/2024
07:51 MYT
Dunia hiburan Indonesia sedang heboh dengan penampilan baharu Mahalini yang didakwa melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya.
Hiburan

Rizky Febian ‘Buat Hidung’ Kerana Kesihatan Di Korea Selatan, Bagaimana Dengan Mahalini?

gempak
09/07/2024
11:58 MYT
Kekecohan mengenai penampilan baharu pasangan selebriti Mahalini dan Rizky Febian akhirnya terjawab.
Hiburan

Selain Mahalini, Rizky Febian Juga Ikut Buat Pembedahan Hidung

gempak
08/07/2024
00:55 MYT
Penampilan baharu penyanyi Indonesia, Mahalani Raharja di Funtastic Day 2024 yang berlangsung pada malam Sabtu meraih perhatian ramai.
Hiburan

Kenapa Kaya Sangat? Keluarga Ambani Bakal Langsungkan Majlis Perkahwinan 'Crazy Rich Asians' Sebenar!

gempak
06/07/2024
16:24 MYT
Anant Ambani, 29, akan disatukan dengan teman wanitanya, Radhika Merchant, dalam sebuah majlis yang dilabel sebagai 'wedding of the year'.
Hiburan

Farid Kamil Lalui Fasa Bahagia Selepas Rujuk, Tolak Dakwaan Jadi Pasangan Contoh - “Apa Yang Kami Buat Adalah Kembali Kepada Niat Asal Berkahwin”

gempak
06/07/2024
00:59 MYT
Pelakon, Farid Kamil meluahkan rasa syukur apabila kehidupannya kini lebih bahagia selepas kembali rujuk dan memulakan lembaran baharu bersama isteri tercinta, aktres, Diana Danielle.