Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ini Respons Aliff Aziz Bila Bella Astillah Berlakon Dengan Hero Muda…

Izwan Isa
06/10/2023 02:50 MYT

Bintang All Stars Gegar Vaganza, Aliff Aziz mendedahkan yang dia dan isteri, Bella Astillah sering melakukan perbincangan, khususnya apabila melibatkan kerjaya masing-masing dalam bidang seni.

Antaranya termasuklah kekerapan Bella bergandingan dengan pelakon lelaki yang jauh lebih muda daripadanya.

“Saya juga seorang pelakon and I know how it is. Jadi kita berdua memang banyak berbincang soal kerja.

“Apa sahaja yang saya kurang senang, saya akan share dengan dia. Dan apa sahaja yang dia kurang senang, dia akan share dengan saya. Insya-Allah doakan yang baik-baik,” katanya kepada Gempak.

Ditanya mengenai Bella yang kini begitu aktif berlakon, Aliff menjelaskan yang dia sentiasa menyokong kerjaya isterinya.

“Rezeki dia, saya harus sokong seperti mana dia menyokong kerjaya saya,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Aliff turut memberitahu yang Bella akan kembali menemaninya di All Stars Gegar Vaganza minggu ini selepas isterinya itu menyelesaikan pekerjaan.

BACA: "Dulu Dia Tak Macam Tu" - Bella Astillah Kata Aliff Aziz Banyak Berubah, Selalu Doa Agar...​

#Aliff Aziz #Bella Astillah