Pelakon Farah Nabilah mengharapkan peminatnya tidak sewenang-wenangnya menilai imej atau pilihannya untuk tidak bertudung selepas pulang mengerjakan umrah baru-baru ini.
Kata Farah, dia enggan hipokrit sebaliknya tahu setiap tindakannya atau keputusannya untuk berubah daripada segi imej atau sebagainya.
"Biasalah, apabila lihat artis mengerjakan umrah mesti akan ingat apabila pulang semula ke tanah air akan berubah 360 darjah menjadi individu lain.
"Apa saya buat selepas saya balik daripada umrah, imej saya dan hidayah, itu semua rahsia Allah. Kita semua tidak tahu.
"Saya harapkan peminat menyokong saya bukannya menghakimi saya.
"Tidak semestinya orang tidak bertudung itu jahat dan orang bertudung semuanya baik. Kalau kita betul-betul baik, kita tidak akan menilai orang pun. Lebih baik muhasabah diri," katanya kepada Astro Gempak.
Farah ditemui pada majlis pengumuman Top 20, Anugerah MeleTOP Era (AME2018) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Buat julung-julung kalinya, Farah tercalon dalam kategoti Pelakon Drama MeleTOP, Artis Baru MeleTOP adn Drama MeleTOP (Titian Cinta).
Undian fasa pertama AME 2018 mula dibuka mulai 22 Januari 2018 bermula 6 petang hingga 23 Februari 2018 untuk anda menentukan lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal.
Undian boleh dibuat secara online di tiga buah platform iaitu di laman web rasmi www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan aplikasi RAKU yang boleh dimuat naik secara percuma di App Store dan Google Play Store.
Seterusnya undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori pula boleh dibuat menerusi laman web rasmi, aplikasi ERA dan RAKU serta kiriman SMS bermula 6 Mac 2018, pukul 1 tengahari hingga 8 April 2018, pukul 12 tengahari.
Klik di sini untuk melihat senarai top 20 AME 2018.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @farahnabilahofficial
Amri Hassan
Wed Jan 24 2018


“Satu Job Saya Cancel, Selesaikan Yang Mana Penting Dahulu,” - Amir Raja Lawak Tak Tamak, Percaya Pada Rezeki
Patutlah Amir selalu murah rezeki...

Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 | Episod 8
Akim berterusan memberi semangat kepada Mira yang kemurungan.

Kisah Cinta Phoebe & Ejoi | Episod 8
Di hari nak berikan rakaman tape itu kepada Phoebe, Ejoi ternampak Phoebe jumpa teman lelakinya, Jason. Ketika itu, Ejoi nampak Phoebe dikecewakan. Ejoi teman Phoebe di waktu sedih.
![[VIDEO] Watie Hanifiah Sambut Ulang Tahun kelahiran, Netizen Lebih Tertarik Dengan Ucapan Shuib [VIDEO] Watie Hanifiah Sambut Ulang Tahun kelahiran, Netizen Lebih Tertarik Dengan Ucapan Shuib](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/4_9.png?ext=.png)
[VIDEO] Watie Hanifiah Sambut Ulang Tahun kelahiran, Netizen Lebih Tertarik Dengan Ucapan Shuib
Selamat hari lahir!
_2.png?ext=.png)
“Tak Boleh Tengok Diri Saya Di Cermin” - Meerqeen Diserang Depresi Kerana Watak Drama
Kesian Meerqeen

Penjaga Gol Turkiye Meninggal Dunia, Mangsa Korban Gempa Bumi
Takziah buat keluarga...
![[FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga [FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/foto-baby-boy-sado-berat-4-03-kg-isteri-syafiq-yusof-selamat-bersalin-anak-ketiga.jpg?ext=.jpg)
[FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga
Alhamdulillah...

“Jika Negara Lain Boleh Haramkan, Kenapa Kita Mesti Luluskan?” - Undang Risiko Keselamatan, CAP Saran Lato-Lato Tak Patut Dijual
Bahaya juga ya lato-lato ni.

Peraduan Gempak Most Wanted

"2023 Tahun Terbaik Untuk Luaskan Fenomena Selepas SWIPE" - ALYPH Yakin Lancar Lagu Baharu CHECK!
Check lagu baharu ALYPH berjudul CHECK!