Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ini Sebab Idzham Ismail Nekad Takkan Kembali Bersama Bekas Isteri - "Kalau Saya Bersama Dengan Dia Balik, Adakah Dia Akan ..."

Ainun
06/11/2024 21:55 MYT
Pelakon tinggi lampai, Idzham Ismail nekad tidak akan kembali bersama bekas isterinya, Siti Nur Abilah selepas sah bercerai talak satu pada Oktober lalu.

Jelas Idzham, ada beberapa sebab dia enggan untuk kembali bersama bekas isterinya.

“Saya tidak tahulah masa depan saya macam mana tapi, ada beberapa faktor-faktor yang saya rasa saya tidak boleh menerimanya pada masa hadapan.

“Kalau saya bersama balik dengan dia adakah dia akan berubah? Kerana pada masa yang saya menceraikan dia, dia tidak melakukan perubahan, jadi buat apa saya perlu kembali kepada dia.


“Saya tidak mahu mengambil risiko sebab saya sudah mengenali isteri saya. Dan lebih baik saya fokus kepada anak-anak saya serta kerjaya saya sebagai seorang pelakon,” ujarnya kepada Gempak.

Dalam pada itu, pelakon tersebut turut mengakui sebaik sahaja isterinya mula bekerja terdapat beberapa perselisihan faham berlaku yang menyebabkan mereka tidak mencapai kata sepakat sehingga berlakunya lafaz penceraian pada bulan Oktober yang lalu.

Jaga Aib


Bagaimanapun, Idzham enggan mengulas lanjut mengenai kes perceraiannya dan mahu menjaga aib kedua-dua belah pihak.

“Sebenarnya benda ni berlaku disebabkan ketidaksefahaman masing-masing yang tidak sehaluan. Itulah yang menyebabkan berlaku banyak pertelingkahan sehinggalah sampai ke tahap penceraian.

“Lafaz penceraian itu berlaku pada Oktober lalu dan semalam (Isnin) merupakan pengesahan lafaz di mahkamah.


“Saya takut nak cerita lebih kerana saya tidak mahu membuka pekung sesiapa. Biarlah orang ramai tahu cerita asas sahaja kerana saya mahu tutup perkara yang sebenar. Saya juga ada salah sendiri dan dia juga ada salah dia. Saya akan cuba untuk tutup dan saya hanya bercerita sebenar dia mahkamah sahaja,” kongsinya.

Sekadar info, Idzham Ismail mendirikan rumah tangganya bersama Siti Nur Abilah Shamsudin pada Ogos 2016. Hasil dari perkahwinan mereka, pelakon itu dikurniakan dua cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7 tahun dan Muhammad Idrus, 4 tahun.

BERITA TRENDING: Cerai Bukan Sebab Orang Ketiga, Idzham Ismail Pernah Letak Tiga Syarat Sebelum Bekas Isteri Kembali Bekerja Sebagai Pramugari - "Kami Cuba ..."

BERITA TRENDING: Idzham Ismail Sudah Sah Bercerai & Tidak Akan Dirujuk Kembali - “Jawab Dengan Allah…”

BERITA TRENDING: GV11: Kembalikan Format Asal, Produksi Dengar Rayuan Peminat - “Mereka Mahu Lihat Penyanyi Lama, One Hit Wonder Beraksi"

BERITA TRENDING: Sherry Ibrahim Beri Bayangan Bakal Muncul Dengan Single Baharu?

#cerai #Isteri #Siti #nur #Kembali #Bekas #Idzham Ismail #Nekad #Abilah #Taknak
;