Hiburan

Cerai Bukan Sebab Orang Ketiga, Idzham Ismail Pernah Letak Tiga Syarat Sebelum Bekas Isteri Kembali Bekerja Sebagai Pramugari - "Kami Cuba ..."

gempak
Ainun
06/11/2024
00:45 MYT
Sponsor Banner
Cerai Bukan Sebab Orang Ketiga, Idzham Ismail Pernah Letak Tiga Syarat Sebelum Bekas Isteri Kembali Bekerja Sebagai Pramugari - "Kami Cuba ..."
Pelakon Idzham Ismail menafikan dakwaan punca perceraiannya dengan bekas isteri, Siti Nur Abilah, disebabkan kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
Jelas Idzham, perceraian yang berlaku dengan bekas isterinya disebabkan tiada lagi persefahaman antara kedua-dua belah pihak.
“Saya sudah mengenali isteri saya selama lapan tahun, jadi saya rasa kewujudan orang ketiga dalam rumah tangga saya ini tidak terjadi langsung kerana dia seorang yang baik. Jadi, sepanjang dia menjadi isteri saya dan kembali bekerja dia seorang yang sangat baik.
“Bukan disebabkan dia sudah mula bekerja, saya rasa disebabkan situasi yang berubah membuatkan kami terpaksa menerimanya dan bila kami berdua cuba untuk mempertahankan hak masing-masing selama berbulan-bulan, menjadikan kami tawar hati antara satu sama lain.
“Walaupun kami cuba mencari jalan penyelesaian tetapi adakalanya kami terlepas pandang apabila berlakunya pertengkaran di hadapan anak-anak.
“Disebabkan itulah kami jarang mempunyai masa untuk berbincang mengenai masalah yang dihadapi pada waktu itu," katanya kepada Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: Idzham Ismail Sudah Sah Bercerai & Tidak Akan Dirujuk Kembali - “Jawab Dengan Allah…”

BERITA TRENDING: Sampaikan Lagu Bertahan Demi Cinta Secara Live, Netizen Terkedu - "Sedap Part Dia…”

BERITA TRENDING: “Saya Baru Sahaja Bercerai Sebulan Lalu, Tetapi Saya Tidak Menyesal” - Fazura

Pada masa yang sama, pelakon yang terkenal dengan drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu itu pernah meletakkan syarat yang mudah kepada isterinya yang ingin memulakan semula kerjayanya sebagai pramugari.
"Bagi saya, masalah kewangan ini bukanlah punca utama penceraian saya berlaku. Cumanya, saya meletakkan tiga syarat kepada isteri saya sebelum dia memulakan kerjayanya sebagai seorang pramugari kembali.
“Pertama, saya tidak akan menyentuh duit gaji dia. Saya tanggung segalanya termasuklah nafkah. Kedua, bekas isteri saya yang berjanji untuk taat kepada saya dan yang ketiga dia yang berjanji untuk tidak meninggalkan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya. Itu sahaja.
“Kalau nak katakan bekas isteri saya melanggar tiga syarat yang saya tetapkan itu tidaklah cumanya dia tidak mengikuti jalan yang dipersetujuinya pada awalnya,” jelasnya.
Terdahulu, Idzham mengesahkan sudah bercerai dengan isterinya menerusi hantaran di Instagram Stories dan menegaskan tidak akan kembali bersama semula.
Idzham mengakui berdepan kemelut rumah tangga sejak empat bulan lalu yang membawanya dan isteri ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada 10 Oktober lalu.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7, dan Muhammad Idrus, 4.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024