Laman Utama

Ini Sebab Kenapa Aedy Ashraf Tidak Menyesal Tiada SPM

gempak
Izwan Isa
15/11/2023
08:55 MYT
Sponsor Banner
Ini Sebab Kenapa Aedy Ashraf Tidak Menyesal Tiada SPM
Pelakon Aedy Ashraf mendedahkan yang dia tidak pernah menyesal dengan keputusannya untuk tidak meneruskan pembelajaran di sekolah menengah sehingga tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Aedy berkata, rasa penyesalan tiada dalam diri memandangkan apa yang berlaku telah pun tertulis.

BERITA TRENDING: Aedy Ashraf Akui Tak Ada SPM, Korbankan Zaman Remaja Demi…

“Saya tidak menyesal, sebab apa sahaja yang berlaku dalam hidup saya semuanya telah tertulis. Dan apabila fikir balik, bukan senang untuk lalui semua itu, dan ia bukan proses yang mudah.
“Tetapi alhamdulillah, saya dapat sokongan yang sangat baik daripada keluarga,” katanya kepada Gempak.
Aedy berkata demikian pada majlis tayangan filem War Of Teror yang berlangsung di GSC Lalaport, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, Aedy menjelaskan, dia tidak pernah menyatakan yang pembelajaran itu merupakan hal yang tidak penting.
“Pelajaran itu sangat penting untuk semua orang. Tapi saya selalu tekankan, kerja keras juga penting. Saya tak bertuah kerana tidak lahir dalam keluarga yang berkemampuan. Hal itu sahaja yang jadi halangan saya untuk teruskan belajar.

BERITA TRENDING: “Dia Sangat Cantik, Dia Bijak” - Akui Rapat Dengan Amelia Henderson, Aedy Jawab Soal Kahwin & Perancangan Masa Depan

“Kalau kamu semua ada masa dan rezeki, tolonglah belajar… sebab saya tiada rezeki untuk berbuat demikian,” katanya yang mengakui mengambil inisiatif sendiri untuk belajar dan menimba ilmu menerusi kelas online dan pembacaan buku.
Terdahulu, Aedy mendedahkan yang dia tidak mempunyai SPM sewaktu menjadi tetamu podcast yang dikelolakan oleh Amelia Henderson.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live