,
Laman Utama

“Dia Sangat Cantik, Dia Bijak” - Akui Rapat Dengan Amelia Henderson, Aedy Jawab Soal Kahwin & Perancangan Masa Depan

Izwan Isa
15/11/2023
01:55 MYT
Hubungan cinta antara pasangan pelakon Aedy Ashraf dan Amelia Henderson bukanlah satu hal yang rahsia lagi.
Baik di media sosial mahupun di khalayak, Aedy dan Amelia dilihat begitu santai dan terbuka dalam berkongsi kemesraan yang terjalin antara diri masing-masing.

BERITA TRENDING: Respons Aedy Bila Amelia Kongsi Tentang Wanita Tak Memasak Bikin Netizen Tak Senang Duduk

Mengakui tertarik dengan Amelia kerana rupa paras yang cantik, Aedy berkata, pengacara Gempak Most Wanted itu turut memiliki sifat-sifat positif lain yang menyebabkan dia berasa senang berada dekat bersama.
“Dia merupakan seorang wanita yang sangat cantik, jiwanya juga cantik. Dia bijak dan pintar. Saya rasa apa yang buatkan saya lebih tertarik dengannya adalah bagaimana dia begitu komited dengan kerja dan mengelolakan hidupnya.
“Sebenarnya, kita sangat rapat. Kita sentiasa ada untuk each other dan dia merupakan penyokong terbesar saya. Hal sebegini yang menjadikan saya lebih menghargainya,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: “Ceritanya Agak Memalukan Sikit” - Jari Kaki Amelia Henderson Patah Dalam Gara-Gara…

Aedy berkata demikian pada majlis tayangan filem War On Terror: KL Anarki yang berlangsung di GSC Lalaport, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ditanya adakah dia sudah merancang untuk lebih serious dalam perhubungan dan melihat dirinya bertukar status sebagai seorang suami, jawapan Aedy: “Kita tak nak letak satu tarikh atau target. Sebab masing-masing sibuk. Dia pula komited dengan kerja, sampai saya pun terinspirasi dengan dia.
“Tambahan pula, saya dan Amelia mempunyai pemikiran yang sama. Famili pun kita dah berjumpa, kita dah berkenalan. Insya-Allah kalau ada rezeki, ada jodoh, adalah,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
kaharkaplahighcouncil

Keganasan Bukan Penyelesaian! Kenali Profile & Karakter-Karakter Kahar: Kapla High Council

gempak
20/11/2024
09:55 MYT
Tidak dinafikan gejala buli kerap berlaku dalam kalangan remaja terutamanya yang melibatkan pelajar sekolah termasuk institusi pengajian tinggi.
Hiburan

Temui Alvin Chong, Amir Ahnaf, Mierul Aiman, Nadhir Nasar & Aedy Ashraf Di One Astro Fan Fest, 23 November Ini!

gempak
20/11/2024
07:37 MYT
KC GLOBAL MEDIA BERKOLABORASI DENGAN ASTRO MENGANJURKAN ONE ASTRO FAN FEST, DENGAN PENAMPILAN EKSKLUSIF SUPERSTAR KOREA YEO JIN GOO.
Hiburan

Temui Bintang Korea Yeo Jin Goo, Amir Ahnaf, Mierul Aiman & Aedy Ashraf Di Sunway Pyramid 23 November Ini!

gempak
12/11/2024
02:01 MYT
KC Global Media berkolaborasi dengan Astro menganjurkan One Astro Fan Fest dengan menampilkan bintang terkenal Korea Selatan, Yeo Jin Goo.
kaharkaplahighcouncil

Aedy Ashraf Puas Bawa Watak Beja! Bangga Jadi Anok Kelate - “Tak Rasa Kekok Nak Cakap Dialek Kelantan”

gempak
29/10/2024
05:55 MYT
Pelakon, Aedy Ashraf akui berasa puas dapat membawakan watak sebagai anak Kelantan iaitu Beja dalam filem Kahar: Kapla High Council.
Hiburan

Fazziq Muqris Kongsi Salah Satu Sebab ‘Challo Run’ Ditubuhkan - “Ada Orang Pandang Benda Ini Macam Kelakar Tapi…”

gempak
29/10/2024
04:20 MYT
Penyampai radio dan pelakon Fazziq Muqris berkongsi mengenai kelab larian ‘Challo Run’ yang diadakan pada setiap pagi, Ahad bersama rakan-rakan selebriti antaranya Aedy Ashraf, Meerqeen dan ramai lagi.
Unitar