Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ini Sebab Kenapa Agy Nekad Ikut Trend Posing Ala Supermodel Di Media Sosial

Umirah Halim
05/06/2024 13:55 MYT
Pencipta kandungan, Agy menceritakan semula detik-detik permulaan ketika dia mula tular menerusi kandungan posing ala-ala model antarabangsa.

Status kewangan

Menerusi sebuah wawancara Motif Trending, Agy atau nama sebenarnya Muhammad Affizy Mohd Khairy,29, berkata dia nekad untuk menghasilkan pelbagai kandungan kerana kewangannya agak membimbangkan pada ketika itu.

Berita Trending: Dikerumun Ramai, Wanita Disyaki Mabuk ‘Dibuli’ Lepas Kamalangan!…

"Saya memang nekad sebab ketika itu sebab financial saya agak teruk pada awal tahun jadi saya memang tak boleh nak harapkan dekat sesiapa pun.

"Jadi saya buat content, put on effort, cuba buat macam-macam content dan benda itu menjadi. Alhamdulillah benda itu jadi marketing pula kepada orang lain,” katanya.

Berita Trending: Jaclyn Victor Tumpang Gembira Bekas Suami Kahwin Baharu - "Sebelum…

Sementara itu, Agy turut memaklumkan dia hanya belajar untuk membuat gaya atau ‘posing’ persis model itu menerusi rancangan realiti popular iaitu America's Next Top Model.

Berita Trending: Kes Influencer Tunjuk Kemaluan, Bekas Kekasih Pempengaruh…

Apabila saya mulakan trend ini saya nak buat out of the mox. Jadi saya memang belajar daripada itu.

"Saya memang dah lama nak jadi model, jadi apabila dapat peluang untuk buat content modeling ini memang saya praktikkan apa yang saya tengok dekat America’s Next Top Model,” tambahnya lagi.

Berita Trending: Ayda Jebat Sedih Tak Dapat Tidur Dengan Anak - “Saya Punya Latihan Balik…

#Viral #Model #Tular #Kongsi #Posing #Jadi #Motif Trending #Agy
;