Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ini Sebab Kenapa Bella Astillah Minta Pelakon Baharu Panggil Dirinya ‘Kak Bella’

Izwan Isa
19/09/2023 05:50 MYT
Nama pelakon Bella Astillah kembali menjadi bualan netizen dan juga peminat apabila dia dilihat kerap mengambil gambar bersama pelakon-pelakon lelaki yang jauh lagi muda.

Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu berkata, hal tersebut bukanlah satu isu memandangkan apa yang dikongsi adalah disebabkan tuntutan kerjayanya sebagai pelakon.

“Gambar yang saya kongsi semuanya diambil ketika sedang bekerja… jika ada gambar kasut sama ke, itu kebetulan sahaja.

“Ya, Aliff ada tanya, memang saya berlakon dengan pelakon muda sahaja? Jadi, saya jawab shooting semata-mata,” katanya kepada Gempak.

Melanjutkan bicara, Bella berkata, dia juga mempunyai cara tersendiri dalam meletakkan batas terhadap rakan pelakon ketika di set penggambaran.

“Kalau nak tahu, saya minta mereka (pelakon-pelakon lelaki muda) panggil saya dengan gelaran Kak Bella. Mula-mula mereka tak biasa, tapi disebabkan saya minta, jadi mereka dah biasa panggil saya dengan pangkat kakak.

“Lagipun saya sedar diri. Umur saya sudah 29 tahun, dan sekarang banyak pelakon BBNU. Saya ok sahaja orang panggil kakak, saya tiada masalah,” katanya lagi.

BACA: Bella Astilah Tetap Teman Aliff Aziz – “Dia Ada Pesan Supaya…”​

#Bella Astillah
;