Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz akui isterinya, Bella Astilah tetap akan menemaninya bersama-sama dalam All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang akan bermula pada 24 September ini.
Kata Aliff sebagai isteri yang menjaga kebajikan dirinya, Bella sering berpesan supaya dia menjaga kesihatan mulai sekarang sebagai persediaan menghadapi pertandingan nyanyian itu.
“Insya-Allah Bella akan datang teman saya nanti. Bella kata, dia pun sangat teruja dengan penglibatan saya kali ini.
“Bella juga ada pesan supaya jaga kesihatan dan ‘put in the work’ sebab tiada jalan singkat untuk berjaya.
“Banyak usaha yang saya perlu lakukan kerana kami dalam pertandingan itu nanti ibarat seperti atlet vokal yang perlukan latihan dan sebagainya,” katanya kepada Gempak.
Meskipun bakal bersaing dengan nama-nama besar industri nyanyian, Alif memberitahu dia tidak meletakkannya sebagai tekanan untuk berlawan sesama peserta.
“Memang satu penghargaan apabila saya dapat bertanding sebaris dengan nama-nama sebar seperti Jaclyn Victor, Aishah dan ramai lagi tetapi saya tak letak posisi saya sebagai mahu berlawan-lawan sebab mereka semua memang hebat-hebat malah range suara pun berbeza. Jadi tak boleh nak dibandingkan.
“Cuma saya cuba hendak berikan yang terbaik dan enjoy dengan persembahan saya nanti. Saya mahu menjadi seorang penyanyi yang mempunyai versi lebih baik daripada sebelum ini.
“Saya mahu fokus pada diri dan persembahan saya supaya saya dapat perbaiki untuk jadi lebih baik dari minggu ke minggu,” ujarnya lagi.
Selain Aliff, turut bertanding ialah juara musim pertama, Ayai Ilusi, Siti Nordiana (musim kedua), Azharina (musim ketiga), Datuk Aishah (musim keempat), Noryn Aziz (musim kelima), Naqiu dan Hadi Mirza (musim keenam), Cliff Umar (musim ketujuh), Aliff Aziz (musim kelapan) dan Jaclyn Victor (musim kesembilan).
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Syafiqah Jalal
Mon Sep 11 2023


Universiti Di Ireland Tawar Ijazah Jadi Influencer
Jangan terkejut tapi laporan ini benar.
Nabila Razali Boyish? Insomniacks Bongkar Bestfriend Ajak Kahwin? | Motif Trending
Baru tahu Nabila dulu boyish rupanya. Lelaki pun takut nak ngorat tau. Tapi betul ke Danial Insomniacks kecewa BFF sendiri tak ajak ke majlis kahwin? Apa jadi? Jom layan full interview sekarang!
Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
Astro Baharu. Tak Macam Dulu! Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838
#MotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2023
#GempakMostWantedShow
#AstroBaharu
Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
Astro Baharu. Tak Macam Dulu! Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838
#MotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2023
#GempakMostWantedShow
#AstroBaharu

TFight Festival Lakar Sejarah Di Malaysia Book of Records, Berjaya Himpun 20,000 Pengunjung!
Langkah proaktif memperkenalkan sukan patuh syariah!

Lelaki Ini Berjanji Pakai Selipar Ke Pejabat Kalau Ameera Khan Tunaikan Permintaannya
Janji apa tu?

GV10: “Terpaksalah Dijahit Celah Kangkang I Tu Sambil Berdiri” - Aishah
Momen tak boleh dilupakan!

Tunggu Sampai Seru, Eyka Farhana Tak Tolak Bersuamikan Akhyar Rashid
Eyka nak fokus karier.

“Takut Reput Je Muka Hang…” - Che Ta Tegur Aaisyah Sebab...
Alahai comel je Aaisyah...

"Kau Pantau Sikit Handphone Aku..." - Ira Kazar Jawab Tuduhan Buat Akaun Palsu Ganggu Puteri Sarah
Ira tak buat akaun palsu la...
Peraduan Sepahtu Reunion Live Tour

Sebab Terlalu Penat Nak Mengunyah, Afgan Minum Smoothie Dada Ayam Campur Pisang
Sedap ke?