Hiburan

Ini Sebab Kenapa Halim Yazid Berniaga Nasi Lemak - “Sebenarnya, Baru Enam Bulan Saya Berniaga…”

gempak
Izwan Isa
21/02/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
Ini Sebab Kenapa Halim Yazid Berniaga Nasi Lemak - “Sebenarnya, Baru Enam Bulan Saya Berniaga…”
Penyanyi Halim Yazid memilih untuk berniaga menu sarapan pagi demi mengisi masa terluang jika tidak mempunyai undangan nyanyian.
Individu yang popular dengan lagu Anak Tupai itu berkata, menu-menu yang dijual merupakan air tangannya sendiri, selain turut dibantu oleh isteri tercinta.

BERITA TRENDING: “Terima Kasih Bang, Nasi Saya Dah Jadi Rojak Campur” - Aksi Rider Tunggang Kuda Raih Perhatian

“Sebenarnya, baru enam bulan saya berniaga. Lagipun saya berniaga di sekitar rumah… suka-suka sementara menunggu job atau show.
“Tambahan pula, isteri membantu saya memasak. Tapi kalau saya ada show atau persembahan, saya tidaklah berniaga,” katanya.
Antara menu sarapan pagi yang dijual termasuklah nasi lemak dan juga nasi berlauk.
Dalam pada itu, Halim Yazid berkata, dia turut menjual koleksi lagu-lagunya dalam bentuk MP3 yang telah dihimpunkan dalam pemacu kilat USB (pendrive).
“Peminat-peminat saya yang nak dapatkan pendrive tu, bolehlah singgah di gerai ini. Selain itu, saya juga ambil pesanan dan hantar menerusi pos jika ada yang berminat untuk membeli,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Pernah Tular Beri Makanan Percuma Kepada Pelajar Universiti, Peniaga Viral Diuji Anak Hidap Jangkitan Kuman

Dalam perkembangan lain, Halim Yazid bakal muncul menerusi Konsert Zikir Dikir bersama Hafiz Hamidun yang akan diadakan di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pada 3 Mei depan.
Jualan tiket untuk konsert berkenaan bermula pada 1 Mac 2024 melalui laman web www.zikirdikir.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live