Aksi seorang rider yang menaiki kuda dengan berpakaian lengkap baju Foodpanda serta helmet baru-baru ini berjaya mencuri perhatian netizen.

Menerusi video yang dikongsinya, rider yang juga dikenali sebagai Emy Chachacha di aplikasi TikTok itu kelihatan seronok menaiki kuda sambil menggalas kotak beg makanan Foodpanda.
@emychachacha kalau cakap rider lambat juga tak tahulah ? ni kira kenderaan paling laju dah ni ? bolehkan macam ni ?? ? #algontorystable #vaultvape #vapeboxx #vapeboxx12k ♬ Gasolina - Latin Flow
“Kalau cakap rider lambat juga tak tahulah, ini kira kenderaan paling laju dah ni, bolehkan macam ni?,” tulisnya di ruangan kapsyen dengan nada seloroh.

Dalam pada itu, ruangan komen hantaran tersebut telah dibanjiri dengan usikan dan lawak jenaka netizen yang rata-rata terhibur dengan aksi yang dipaparkan itu.

“Terima kasih bang, nasi saya dah jadi rojak campur.

Berita Trending: Gigih Datang Untuk Tuntut Hadiah Misteri, Lelaki Ini Kecewa Hanya Dapat…

“Kalau macam ini la kan, order nasi goreng kampung dengan pattaya. Sampai dekat customer jadi nasi kandar.

“Patut cepat order saya sampai hari ni rupanya abang hantar naik ferrari.

“Fuh ni COD 1km mahu RM100 cas.

“Thank you hiburkan saya yang sakit kronik ni,” tulis beberapa netizen terhibur.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu telah mendapat sebanyak 2.6 juta tontonan di aplikasi TikTok.