Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ini Sebab Kenapa Mawar Rashid Hampir Hilangkan Diri Selepas Cerai

Gempak
26/07/2024 08:55 MYT
Pelakon Mawar Rashid pernah hampir terfikir untuk menghilangkan diri daripada industri seni tanah air ketika melalui fasa sukar dalam hidupnya sebelum ini.

Hampir Hilangkan Diri

Bercakap kepada Gempak, Mawar atau nama sebenarnya Wan Shahputri Wan Abdul Rashid, 30, berkata, hasrat itu timbul kerana mahu mencari ketenangan selepas berdepan episod perpisahan bersama bekas suami, Raf Yaakob pada penghujung tahun lalu.

“Jujur cakap saya hampir nak hilangkan diri daripada industri tetapi saya tahu saya perlukan masa untuk diri saya sendiri.

“Bila saya kembali baik, saya tahu ini adalah punca rezeki saya dan anak-anak yang masih kecil.

“Karier saya juga bermula dengan berlakon jadi saya perlu teruskan,” katanya.

Mawar ditemui pada majlis tayangan trailer dan runut bunyi rasmi (OST) bagi filem lakonannya iaitu Jangan Pandang Belakang 2 di GSC Starling Mall, Petaling Jaya, pada Khamis.

Tekanan Media Sosial Jadi Punca

Dalam pada itu, Mawar akui tekanan daripada media sosial antara punca dia terdetik untuk menghilangkan diri.

“Ia mungkin saya rasa begitu sebab… sebenarnya ia banyak faktor, saya dalam keadaan yang perlu berehat dari media sosial.

“Fasa saya kini adalah fasa kehidupan peribadi saya, jadi saya rasa adakah saya perlu berhenti sekejap ditambah pula dengan tekanan dari media sosial.

“Bagi saya, mungkin daripada saya mula jadi selebriti lagi saya dah lalui macam-macam, jadi saya juga mahu menjaga mental saya juga, jadi itulah saya terfikir perkara itu.

“Tetapi ketika itu saya fikir adakah saya patut? Saya tahu saya hanya perlukan masa untuk fikir bagaimana mahu bangkit semula,” ujarnya.

Pulihkan Diri Sendiri

Enggan perasaan tersebut terus menyelubungi diri, ibu tunggal itu terpaksa mengambil masa selama enam bulan bagi ‘memulihkan’ diri sendiri dan bangkit semula.

“Dalam masa enam bulan juga saya betul fokus pada diri sendiri dan bagi masa pada anak-anak.

“Banyakkan buat aktiviti sihat seperti membaca, banyak masa bersama anak-anak.

“Saya punya ‘healing’ adalah saya akan cari sistem sokongan saya yang buat saya tenang, Alhamdulillah saya ada keluarga yang jaga saya.

“Saya juga dapat kawan baharu dimana mereka ada bersama saya dan gembirakan saya, happy saja, tak cakap fasal perkara lama,” kongsinya lagi.

Untuk rekod, Mawar dan Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada 2017 namun bercerai pada November 2023 atas dasar tiada lagi persefahaman.

Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 5, Raden Seri Rosabella Cinta, 3, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 11 bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid Jawab Dakwaan Kahwini Jejaka Dari Brunei!

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid Anggap Kehidupan Baharu Ibarat ‘Gelas Kosong’ - “Saya Gembira & Syukur Dengan Peluang…”

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Tiada Pihak Ketiga, Begitu Juga Bekas Isteri Saya" - Raf Yaakob

ARTIKEL BERKAITAN: Beberapa Bulan Kembali Solo, Netizen Perasan Mawar Rashid Makin Cantik… Siap Samakan Dengan BCL Lagi!

#cerai #Mawar Rashid #Raf Yaakob #Media Sosial #Hilang #Tekanan #Jangan Pandang Belakang 2
;