Akhir tahun lalu merupakan fasa yang agak sukar buat selebriti Mawar Rashid. Selain dihenyak netizen kerana 'melepaskan' tudung, wanita yang turut bergelar pelakon itu turut diduga dengan ketidakserasian hubungan berumah tangga sehingga membawa kepada perceraian.

BERITA TRENDING: Mawar Rashid Buka Tudung - “Saya Dah Cuba Tapi Saya Gagal”



Selepas bergelar janda dan tampil dengan imej baharu, Mawar juga kerap memuat naik gambar-gambar di media sosial, berkongsi rutin hariannya bersama pengikut.

Terbaharu, bekas isteri Raf Yaakob itu berkongsi beberapa keping gambar yang memperlihatkan dia bergaya dengan dress berona putih.

Meninjau ruangan komen, ramai yang meninggalkan kata-kata pujian, mendakwa Mawar kelihatan cantik dan semakin berseri-seri.



Menerusi hantaran yang dibuat sebelum ini, ada juga yang menyamakan Mawar dengan pelakon dan penyanyi dari Indonesia, Bunga Citra Lestari.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan mengumumkan perpisahan mereka menerusi Instagram pada 23 November lalu.

BERITA TRENDING: "Mawar, Raf Cerai Bukan Sebab Orang Ketiga" - Wawa Zainal

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata, iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.