gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Buat ‘Video Call’, Bella Astillah & Syed Saddiq ‘Speechless’ Dengan Soalan Umie Aida - “Kita Tanya Direct Sangat Bab…”
VIRAL
Ammar Ahyan Tak Bagi Aliff Syukri Ulas Isu Telur Masam, Netizen Puji Pandai Didik Anak - “Bagus Akhlaknya, Matang & Penuh Adab”
HIBURAN
Rai 30 Tahun Dalam Industri Muzik, Konsert Violet Skies Siti Nurhaliza Di Arena Of Stars Genting Highlands Julai Ini!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Ini Sebab Kenapa Video-Video Dengan Lagu Siti Nurhaliza, DOLLA Atau Ernie Zakri ‘Dibisukan’ Di TikTok Sejak Semalam

Izwan Isa
Izwan Isa
02/02/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
Ini Sebab Kenapa Video-Video Dengan Lagu Siti Nurhaliza, DOLLA Atau Ernie Zakri ‘Dibisukan’ Di TikTok Sejak Semalam
Pengguna tegar platform media sosial TikTok pasti perasan dengan ketiadaan gugusan lagu daripada beberapa penyanyi popular tanah air, selain lagu-lagu sedia ada yang digunakan di video telah ‘dibisukan’.

BERITA TRENDING: Proses Rakaman, Klip Video, Sampul Album… Ini 8 Fakta Yang Peminat Perlu Tahu Tentang SITISM

Hal ini berkemungkinan disebabkan efek penarikan semula lagu-lagu di bawah Universal Music Group (UMG) gara-gara keengganan TikTok untuk mengikut perubahan perjanjian yang diutarakan oleh label gergasi berkenaan.Dengan perjanjian lama antara TikTok dan UMG berakhir pada Selasa, kesemua lagu-lagu di bawah label itu tidak boleh diakses memandangkan TikTok dikatakan tidak bersetuju dengan perubahan baharu yang diingini oleh syarikat rakaman - iaitu inginkan bayaran royalti yang lebih setimpal untuk katalog muzik mereka.
Selain itu, TikTok turut dilabel sebagai platform yang membenarkan karya-karya disunting secara bebas, tanpa kebenaran, menjadikan karya asal gagal memperoleh royalti yang lebih baik.

BERITA TRENDING: Ini Sebab Kenapa Ernie Memilih Masing-Masing Sebagai Single Utama Aura

TikTok yang mengesahkan tentang hal ini mendakwa, Universal bersikap terlalu tamak sehingga mengabaikan kepentingan TikTok kepada artis dan pencipta lagu.“Universal memilih meninggalkan platform yang sangat berkuasa serta memiliki berbilion pengguna yang boleh mempromosikan lagu mereka secara percuma, selain menjadi kenderaan buat syarikat mencari bakat-bakat baharu,” ulas TikTok.
Our core mission is simple: to help our artists & songwriters attain their greatest creative and commercial potential, which is why we must call time out on TikTok.Learn More: https://t.co/yJDQ7FdgNc pic.twitter.com/Lhluz1ez5H
— Universal Music Group (@UMG) January 31, 2024
Meninjau platform X, ramai dalam kalangan peminat dilihat kecewa apabila lagu-lagu dendangan penyanyi yang lagu atau albumnya diterbitkan di bawah Universal Music Malaysia telah dibisukan. Selain itu, tiada sebarang audio rasmi dapat dilihat di akaun rasmi milik penyanyi berkenaan.
Antara penyanyi yang terkesan termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, DOLLA dan Insomniacks.
Selain itu, lagu-lagu penyanyi lain yang turut ditarik semula daripada TikTok termasuklah lagu-lagu daripada penyanyi antarabangsa milik Taylor Swift, The Weeknd, Drake, U2, Ariana Grande dan Olivia Rodrigo.
Gempak cuba untuk mendapatkan maklum balas mengenai isu penarikan lagu-lagu penyanyi tempatan daripada TikTok.
Namun, pihak Universal Music Malaysia enggan mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini.
Topic Berkaitan
#Siti Nurhaliza
#Ernie Zakri
#TikTok
#DOLLA
#Universal Music Group
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement