,
Laman Utama

Ini Sebab Kenapa Ernie Memilih Masing-Masing Sebagai Single Utama Aura

Izwan Isa
04/11/2023
13:50 MYT
Penyanyi Ernie Zakri mendedahkan pengisian album sulungnya, Aura merangkumi pelbagai elemen dalam kehidupan seperti pesan tentang peneguhan diri dan sikap positif, selain nasihat dan motivasi yang didedikasikan untuk pendengar.
Ernie berkata, sebagai pembuka cerita kepada album perdana miliknya, lagu berjudul Masing-Masing diberi penghormatan menjadi single pertama untuk memperkenalkan Aura.
Masing-Masing merupakan sebuah naskhah galau yang bertemakan putus cinta. Naskhah yang digubah dan ditulis oleh Ade dari kumpulan Govinda bersama Nabila V ini disifatkan Ernie sebagai sebuah naskhah yang mempunyai jalan cerita tersendiri.
“Saya dan Mas Ade bersependapat untuk menghasilkan lagu galau dengan kisah putus cinta yang sedikit berbeza. Masing-Masing mengisahkan pasangan yang terpaksa teruskan kehidupan mereka dengan cara berpisah demi mencari kebahagiaan diri sendiri.
“Tidak semua perpisahan tentang pertengkaran atau pergaduhan. Ada perpisahan yang berlaku atas persetujuan kedua-dua pihak demi mencapai kebahagiaan sendiri. Saya tahu ramai rakyat Malaysia yang suka lagu galau sebegini,” kongsi Ernie.
Album Aura yang membabitkan ramai komposer dan penerbit mengambil masa sekitar setahun untuk disiapkan.
“Saya yang meminta sendiri lagu daripada penulis serta pencipta yang terbabit dalam album ini. Proses rakaman kesemua lagu juga memakan waktu sekitar tiga hingga empat bulan.
“Jadi saya harap para pendengar akan dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan di dalam album ini. Semoga ia menjadi teman buat mereka yang memerlukan semangat serta kekuatan itu,” katanya lagi.
Album Aura menampilkan 10 buah lagu dengan pembabitan nama-nama besar industri muzik serantau seperti Aubrey Suwito, Ezra Kong, Faizal Tahir, Amylea Azizan, Rozi Sangdewi, Helen Yap, Firdaus Rahmat, John Jeeves dan Ade Govinda.
Aura juga menampilkan suami Ernie, Syamel yang menyumbangkan lagu Jangan Hilang Percaya.
Aura kini berada di semua platform muzik bermula 3 November lalu.

BERITA TRENDING: Berhantu... Ernie Zakri Merintih Dalam Sirna!​

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tapis Pamer Kebahagiaan Di Sosial Media, Musim Artis Bercerai Buat Hati Syamel Gusar - "Kita Dah Didedahkan Dengan..."

gempak
20/10/2024
03:55 MYT
Pelantun lagu Hidup Dalam Mati itu berkata dia dan isterinya yang juga penyanyi Ernie Zakri juga pernah berdepan cabaran dalam perkahwinan sama seperti pasangan suami isteri lain.
Hiburan

“Masih Lagi Bermimpi” - Ernie Zakri Hiasi Papan Iklan Digital Times Square New York Buat Kali Kedua

gempak
18/10/2024
12:55 MYT
Ernie memaklumkan perkara berkenaan menerusi kemas kini dilaman Instagramnya.
Hiburan

Sering Nyanyi Lagu 'Masing-Masing', Bella Astillah Tampil Mohon Maaf - "Ada Yang Kata Sudah Muak & Tak Mahu Dengar..."

gempak
09/10/2024
13:55 MYT
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah tampil memohon maaf sekiranya ada segelintir pihak yang berasa kurang senang apabila sering mendengar dia menyanyikan lagu Masing Masing nyanyian penyanyi Ernie Zakri.
Hiburan

'Masing-Masing' Mendonia! Lagu Ernie Zakri Masuk Carta Top 50 Indonesian Song Di Spotify,  Siap Kalahkan Ariana Grande & Henry Moodie

gempak
09/10/2024
06:25 MYT
Menerusi video yang dikongsikan, pelantun lagu Gundah itu menunjukkan bahawa lagu tersebut berjaya menduduki tangga ke-39.
Hiburan

Anjur Konsert Pertama Di Malaysia, Govinda Nafi Guna Nama Ernie Zakri & Aina Abdul - “Tak Ada Istilah…”

gempak
04/10/2024
09:55 MYT
Penyanyi berkumpulan Indonesia, Govinda meluahkan rasa teruja apabila bakal membuat persembahan di konsert sulung mereka iaitu Govinda Hal Hebat @ Kuala Lumpur hujung bulan ini.
BorakSeeni