Hiburan
Ini Sebab Kenapa Zaiton Sameon Makin Lucu – “Saya Ikut Macam Kawan Baik Saya, Anita Sarawak…”
Penyanyi veteren, Zaiton Sameon tular baru-baru ini gara-gara sebuah video sesi bual bicaranya bersama SINAR berjaya menghiburkan orang ramai.
Bukanlah menjadi satu perkara luar biasa, Zaiton yang kini berusia 67 tahun berkata, sudah menjadi kebiasaaan kepada dirinya untuk menghiburkan orang sejak dahulu lagi.
"Saya memang daripada dulu macam tu, sebab kita nak hiburkan peminat, bukan nak buat lawak bodoh, kita menghiburkan.
"Saya ikut macam kawan baik saya, Anita Sarawak. Dia bagitahu saya kita ni jangan setakat menyanyi sahaja, kita kena hiburkan mereka," katanya ketika ditemui Gempak.
Mengulas mengenai undangan ke rancangan lawak, Zaiton berbesar hati untuk menerima sebarang undangan, sekiranya ada.
Berita Trending: Zaiton Sameon Pernah Tolak Cinta Sudirman? - "Macam Mana Aku Nak Kahwin Dengan Kau, Kau…
"Boleh je kalau nak undang saya, lagi banyak job saya."Sebab melawak ini tak boleh di buat-buat, dia kena on the spot je, kalau tiba-tiba saya ditanya soalan dan idea itu datang saya bercakap sahaja.
“Tak tahu pulak saya melawak. Lawak ke?" katanya dengan nada seloroh.
Dalam pada itu, bercakap mengenai kisah kehidupannya, Zaiton berkongsi dirinya sudah kekeringan air mata untuk bersedih dan kini lebih memilih untuk menjadi happy-go-lucky!.
"Air mata saya dah tak ada macam lagu saya Menaruh Harapan tu, saya dah puas berendam dengan air mata bersedih.
"Kalau saya nak menangis air mata tak keluar tapi pening kepala, dah habis dah air mata saya," katanya lagi.
Terdahulu, Zaiton pernah mengalami kemalangan jalan raya di Batang Kali, Selangor pada 1990 yang mengakibatkan dia cedera parah di bahagian kepala hingga menyebabkan hilang ingatan sementara.
Must-Watch Video