Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ini Sebab Mengapa Ronaldo Enggan Cacah Tatu

Khairil Khusyairi
25/08/2024 23:55 MYT
Tidak seperti pemain bola sepak lain, Cristiano Ronaldo enggan membuat tatu dan dia mempunyai sebab memegang prinsip berkenaan.

Enggan Cacah Tatu Di Badan

Dalam bola sepak moden, tatu dan pemain bola sepak sering berkaitan kerana kebanyakan pemain terbaik sering bertatu di badan mereka.

Pemain seperti Lionel Messi, David Beckham, Neymar Jr dan Zlatan Ibrahimovic kesemuanya tanpa segan silu mempamerkan tatu mereka, tetapi seorang pemain yang enggan bertatu ialah Ronaldo.

Mahu Derma Darah

Ini kerana pemain berusia 39 tahun itu mempunyai alasan kukuh mengapa dia tidak akan pernah bertatu.

Pada 2012, pemain bola sepak Portugal itu mendedahkan kepada laman web berita Itali Diretta bahawa dia tidak akan bertatu supaya boleh 'menderma darah lebih kerap'.

Selepas bertatu atau menindik kulit, penderma darah mesti menunggu sekurang-kurangnya empat bulan sebelum mereka boleh menderma semula, menurut NHS.

Oleh itu, Ronaldo enggan mendapatkan sebarang bentuk tatu atau tindikan pada badannya kerana dia menjadi penderma darah tetap dan penderma sum-sum tulang berdaftar sejak 2011, apabila rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan Portugal, Carlos Martins mendedahkan bahawa anaknya telah disahkan menghidap leukemia dan memerlukan pemindahan darah dan sumsum tulang.

Bercakap kepada stesen radio Sepanyol, Cadena Cope pada 2013, melalui The Sun, Ronaldo berkata: "Dia memberitahu kami mengenai masalah dengan anaknya dan kami sebagai bekas pemain menunjukkan kesepaduan yang hebat.

"(Menderma sumsum tulang) adalah sesuatu yang ramai orang fikir perkara yang sukar untuk dilakukan tetapi ia tidak menyakitkan.

"Saya sudah melakukannya bertahun-tahun dan jika saya terpaksa melakukannya sekali lagi saya akan melakukannya kerana ini adalah penyakit yang sangat serius untuk ramai kanak-kanak dan kita perlu membantu mereka,” ujarnya.

Sejak itu, kapten Portugal itu menjadi wajah kempen untuk menggalakkan orang lain menderma yang dianjurkan oleh badan amal Abbott.

ARTIKEL BERKAITAN: Ronaldo Kumpul 9.71 Juta Pengikut Sehari Buka Saluran YouTube, Beri ‘Hint’ Sudah Kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: UEFA Bakal Hukum Budak Lelaki Swafoto Dengan Ronaldo

ARTIKEL BERKAITAN: Cristiano Ronaldo, 39 Tahun, 14 Kasut Emas!

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggalkan Manchester United, Cristiano Ronaldo Sah Sertai Kelab Arab Saudi Al Nassr!

ARTIKEL BERKAITAN: Perjalanan Terakhir Cristiano Ronaldo Di Piala Dunia Diiringi Tangisan, Satu Dunia Terasa Sebak!

Sumber: SportsBible

#Cristiano Ronaldo #Ronaldo #Derma #Tatu #CR7 #Sebab