Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ini Sebab Munaa Bella Dah Mula Ambik Gambar Banyak-Banyak - “Sebab Itu Sahaja..."

Asyikin Mayudin
13/09/2023 02:50 MYT
Pengacara dan penyampai radio, Munaa Bella tersentuh dengan kata-kata seorang remaja yang dikenali sebagai Abdurrahman iaitu anak sulung kepada mangsa nahas kemalangan di Segamat, baru-baru ini.

Menerusi video di TikTok, remaja berkenaan berkongsi pesanan arwah ibunya yang mengingatkan sentiasa merakam gambar atau video bersama insan tersayang sebelum kehilangan mereka buat selamanya.

Tidak dapat menahan sebak, Munaa yang sudah kehilangan bapa dan nenek akui terkilan kerana tidak dapat merakam banyak momen bersama dua insan tercinta itu.

“Memang betul, sebagai seorang yang pernah kehilangan ayah dah baru-baru ini nenek saya pula. Benda ini memang serius korang semua kena buat. Sebab gambar itu yang buat pengubat rindu.

“Macam ayah saya meninggal dah lebih 10 tahun dan saya macam tak ambil banyak gambar. Jadi tiada gambar yang boleh nak lihat semula untuk ingat momen-momen sebelum ini. Boleh ingat dalam kepala sahaja,” luahnya.

Justeru, Munaa berpesan kepada orang ramai yang masih memiliki ibu dan bapa untuk merakam banyak momen terindah bersama mereka supaya boleh mengubati kerinduan kelak.

“Lagi satu, korang kena banyak ambil video. Bila ambil video at least boleh dengar suara. Kalau macam rindu nak dengar suara orang itu korang boleh dengar balik.

“Jadi ambillah gambar dah video banyak-banyak. Sebab itu sahaja yang boleh ubat rindu nanti,” ujarnya.

Terdahulu, ibu bapa serta empat lagi adik kepada Abdur Rahman disahkan meninggal dunia dalam kemalangan ketika mereka dalam perjalanan untuk menghantar ibunya di Segamat.

Mangsa yang terlibat ialah Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, bersama empat lagi anaknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

BACA SINI: “Paling Suka Tengok Perarakan, Kibar Bendera Dalam Kereta” - Munaa Bella Terkenang Memori Sambut Hari Kebangsaan

BACA SINI: Abang Sempat Hantar Selfie Kepada Adik-Beradik Sebelum Kemalangan

undefined
#Munaa Bella #Abdurrahman #Munaa #Munaa menangis