Laman Utama

Abang Sempat Hantar Selfie Kepada Adik-Beradik Sebelum Kemalangan

gempak
Izwan Isa
10/09/2023
01:50 MYT
Sponsor Banner
Abang Sempat Hantar Selfie Kepada Adik-Beradik Sebelum Kemalangan

“Kita orang balik dulu…”

Begitulah mesej terakhir yang dihantar oleh tiga beradik yang maut bersama ibu bapa serta seorang lagi adik dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Segamat, Johor Bahru kepada abangnya, Abdurrahman Amir Ruddin kelmarin.
Menurut Abdurrahman, 19, dia menerima mesej itu pada pukul 3.26 petang yang dihantar menggunakan telefon bimbit ibunya.
“Kami memang keluar saing, tetapi ayah, ibu dan lima adik yang lain pergi ke Segamat untuk menghantar ibu yang mengajar di Sekolah Agama Felda Kemendak, kemudian baru hantar tiga adik yang bersekolah di Maahad Tahfiz al-Quran al-Muhammadi di Gerisek.
“Adik sempat hantar mesej guna telefon ibu, mereka ambil gambar bertiga dan tulis ‘kita orang balik dulu’ dan saya balas dengan swafoto di atas motosikal, untuk pulang ke rumah nenek di Parit Lapis Darat, Parit Jawa, Muar,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.
Tambahnya, pagi itu ibunya turut menghantar mesej memberitahu tidak jadi untuk memasak nasi Arab dan menyuruhnya makan lauk-pauk yang dimasak malam semalam.
Dia memberitahu, dia telah menerima panggilan daripada bapa saudaranya pada pukul 8.30 malam memaklumkan nahas yang menimpa keluarganya.
Dalam nahas itu, bapanya, Amir Ruddin Ismail, 46, dan ibu, Norahimah Noor Muhamad, 43; dan empat adiknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah,13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, meninggal dunia di lokasi.
Nahas berlaku selepas selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang mereka naiki dirempuh sebuah lori membawa muatan pasir.
Sumber: Kosmo! Online
BACA: Wau Bulan Tertusuk Cermin Kereta, Netizen Samakan Macam Final Destination​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live