Hiburan

Ini Senarai Artis Malaysia Yang Berkahwin Dengan Artis Seberang!

gempak
Fiza Kamarudin
07/07/2020
17:37 MYT
Sponsor Banner
Ini Senarai Artis Malaysia Yang Berkahwin Dengan Artis Seberang!
Perkahwinan berlainan bangsa, budaya dan negara bukanlah sesuatu yang asing di negara kita, lebih-lebih lagi di kalangan selebriti.
Pernah dengar peribahasa, ‘ikan di laut, asam di darat, bertemu juga dalam belanga’? Yang bermaksud biarpun tinggal berjauhan negeri, kalau ada jodoh akan menjadi suami isteri juga.
Okaylah Gempak senaraikan beberapa selebriti Malaysia yang telah berkahwin dengan selebriti Indonesia.
#1 Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari Pasangan romantis telah berkahwin pada 8 Ogos 2008 dan perkahwinan mereka berdua mendapat liputan yang luas daripada media Malaysia dan Indonesia. Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang apabila Ashraf dijemput illahi pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung. Ashraf dan BCL memiliki seorang anak lelaki Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.
#2 Asyraf Khalid & Tya Ariffin Anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga usahawan Malaysia ini berkahwin dengan aktres Indonesia Tya Ariffin atau nama sebenarnya Nurtria Wulandri Arifin pada 1 November 2015. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 3, dan Azzahra Jiwa 1 tahun.
#3 Anita Sarawak & Broery Marantika Pada tahun 1981, Anita memilih untuk berumah tangga kali kedua selepas bercerai dengan suami pertamanya, pemuzik dari Singapura, Mohamed Abdul Samad pada 1976. Anita membina mahligai bersama penyanyi terkenal dari Indonesia, Broery Marantika. Perkahwinan kedua itu mengundang kontroversi kerana Broery ketika itu masih menganut agama Kristian.
Bagaimanapun, segala kekecohan itu berakhir apabila Broery memeluk Islam di hadapan Mufti Singapura, Syed Al-Jufri di pejabat Majlis Agama Islam Singapura. Namun tanpa diduga, perkahwinannya bersama Broery hanya bertahan selama 4 tahun.
#4 Iedil Putra & Prisia Nasution Pelakon Iedil Putra yang juga tonggak utama Ola Bola The Musical berkahwin dengan Prisia Nasution, seorang pelakon dan model dari Indonesia pada 1 Jun 2016. Prisia Nasution pernah berkahwin dengan bekas suaminya, Ananda Haris Siregar pada tahun 2012 dan perkahwinan bersama Iedil Putra merupakan perkahwinan keduanya.
# 5 Engku Emran & Laudya Cintya Bella Bekas suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin berkahwin dengan pelakon cantik Indonesia Laudya Cintya Bella pada tahun 2017 selepas berkenalan selama beberapa bulan. Bagaimanapun selepas dua tahun berumah tangga Laudya mengesahkan sudah bercerai dengan Engku Emran. Menurut Laudya, keputusan perceraian itu dibuat secara sepakat di antara kedua-dua pihak dan ia dilakukan dengan cara yang baik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live