HIBURAN
"Niat Saya Ikhlas Tapi Ada Yang Kata Gimik" - Noraniza Idris
Dalam usaha menyebarkan rezeki dan berkongsi kebahagiaan bersama pelanggan setia, Che Ani Premium telah memperkenalkan inisiatif Golden Voucher yang diselitkan secara rawak di dalam pek Murukku Che Ani Premium.
BERITA TRENDING: Kak Ani Kongsi Cerita Masuk Alam Bunian - "Muka Mereka Sebelah Cantik Sebelah Lagi ..."
BERITA TRENDING: Noraniza Idris Trauma Nak Buat Konsert, Pernah Terima Cek Tendang Penaja! - "Sampai Sekarang Masih Takut Kena Scam"
Inisiatif ini dilakukan dengan niat ikhlas, tanpa sebarang paksaan untuk ditunjukkan kepada umum atau dijadikan bahan publisiti.Menurut Pengasas Che Ani Premium, Noraniza Idris, beliau sendiri tidak berniat untuk membuat sebarang video menyerahkan wang tunai atau menunjukkan pemberian ini secara terbuka.
“Niat saya hanya ingin berkongsi rezeki dengan cara paling ikhlas. Tapi sayangnya, ada yang menuduh ini hanya gimik kerana mereka tidak menerima Golden Voucher tersebut,” jelasnya.
Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani turut meluahkan kekesalan dengan sikap segelintir pihak yang cepat berprasangka buruk.
Sementara itu, pihak Che Ani Premium menegaskan bahawa proses penyertaan Golden Voucher ini dijalankan secara telus dan rawak. Rezeki itu datang tanpa diduga, dan nilai yang ingin disemai ialah semangat saling memberi tanpa mengharapkan balasan atau pengiktirafan.“Dalam zaman serba moden ini, seolah-olah setiap kebaikan perlu ditayang untuk dipercayai. Sedangkan nilai keikhlasan itu lebih bermakna apabila ia dilakukan tanpa perlu diumumkan. Saya mohon agar tidak mempertikaikan niat baik ini hanya kerana tidak semua bertuah untuk menerima Golden Voucher,” tambahnya.
Che Ani Premium amat menghargai sokongan berterusan daripada para pelanggan, dan berharap semua dapat terus menyebarkan kebaikan dengan hati yang terbuka, tanpa menuding jari atau menyalahkan takdir.
“Rezeki itu bukan pada apa yang kita nampak, tetapi pada keberkatan yang kita rasa.
"Bagi yang telah menerima Golden Voucher boleh terus berhubung dengan pengurusan Che Ani Premium dan transaksi akan terus dibuat," ujar wakil Che Ani Premium.
Must-Watch Video