“Ini Yang Dipanggil Pakai Baju Tapi Berbogel”- Dikecam Netizen, Tapi Ini Jawapan Liyana Jasmay

Syafiqah Jalal
Oktober 21, 2018 04:32 MYT
Pelakon Liyana Jasmay dikecam hebat oleh netizen gara-gara memakai legging ketat melekap berwarna koko di kakinya.
Fotonya memakai seluar tersebut dimuat naik di Instagram (IG).
Rata-rata berpendapat gaya yang dikenakan Liyana tidak sesuai dengan imej bertudungnya.
Malah lebih hebat, Liyana dikecam netizen kerana memakai seluar yang nampak seperti berbogel.
Namun, Liyana tidak berdiam diri malah telah membalas semua komen termasuk yang mengecamnya dengan kata-kata terima kasih.
Malah turut menurunkan komen bagi membalas semua komen mengenai imejnya itu.
“Thank you semua for your concern, MasyaAllah…By the end of the day is the niat from all of you that have good intention towards it,” tulisnya.
Rata-rata turut memjui tindakan Liyana yang tenang membalas dengan komen postif terhadap ‘makcik bawang’ yang telah mengecamnya.
#pelakon #Liyana Jasmay #Netizen #Pelakon #Kecam #Seluar Ketat